Thursday, October 28, 2010

2 tahun lepas..pada hari semalam..

en.fika tiada di taiping 2 hari lepas..hari ni baru akan muncul semula di taiping..selasa n rabu..dia anta mak mertuaku ke kl..ada hal di sana..

so, hari ni en.fika balik dan kami nak raikan sesuatu....



malu la nak citer tp nak share gak ngan korang..haha..korang ada tak macam aku? sbb en.fika dia setkan dalam phone aku pasai kami berkenalan..iaitu 1st time cakap on the phone 2 tahun lps..dan semalam adalah ulangtahun ke 2..huhu..

so..pada date semalam pada 2 tahun lps..en.fika yg dapat num phone aku melalui kawannya di pejabat aku ini, telah telefon aku dan dengar suara manja2 nade2 aku lalu telah jatuh cinta..haha..korang jangan muntah..kikiki..aku masa 2 punya la jual mahal..tah hapa2..sbb aku mmg x suka berkenalan ngan orang terutamanya melalui tepon yg tak kenal sape n macam mana rupanya kan..

kira okt n nov adalah bulan kisah cinta kami la..sbb kisah ni berlarutan sampai nov sampai declare..sebenarnya semuanya berlaku dgn pantas sekali..yelah, kalau dah nak kata jodoh kan..huhu..

planningnya, mau g makan di restoran malam nanti..makan sate ker..ngidam..cewwah..sekali sekala jumpa kan..romantik kasi lebih la..hehehe..


ni gambo yg aku anta kat en.fika masa nak kenal muka..sbb belum jumpa lagi..huhu..( masa 2 plg cumil la tuh..haha..)

ni gambo 1st kami..hik2..

Tuesday, October 26, 2010

indahnya bila tgk baby bersama en.fika..

en.relevan..en.fika bukan dah keje kat taiping..masih di genting..tapi dia balik bercuti sampai ahad depan..huhu..

semalam g scan baby ngan en.fika..ni 1st time en.fika tgk baby dia..mmg excited..wah.aktifnya..doc kata nakal baby nih..gerak tangan..gerak kaki..macam2 melompat2 dalam karung dia..wah..baru umur 5 bulan..kalau dah makin meningkat..lagi lasak la..patutla perut mama ni sll tegang dan mengeras..ke anak mama ni berkawad cam papa dia? haha..

doc gtau..semua pembesaran normal..nampak sihat..tulang belakang sgt cantik..

dan..ada sebut tntg jantina..jeng..jeng..jeng..huhu..sape mau tau? kita teka2 dulu okeh..hehe..

Monday, October 25, 2010

en.fika buat lawak..

hari ni..ceria..en.fika balik awal ke taiping dari jangkaan..plan pukul 10 nanti..mau p klinik swasta..mau kasi en.fika tgk baby..harap2 baby aktif la sbb skrg pun kadang2 rase macam dup dup dlm perut..geli2 pun ada..hehe..

yg lawaknya..aku g jemput en.fika kat stesen bas simpang semalam..en.fika sampai..terus aku bawak balik..pastu sembang2 macam2 biasa la..sampai jer kat umah..aku turun kete..en.fika tolong tutupkan pagar..pastu dia tgk aku..pastu dia tergelak..aku tanya, nape? eh..dah besar la perut..la..mmg la..dah nak masuk 5 bulan kan..pastu kami masuk umah..( dalam hati aku..apa la en.fika ni..hehe..)

pastu masuk bilik..yelah..letak2 barang kan..en.fika dok sat..pastu dia p mandi..solat..pastu dia pegang perut aku..gelak lagi..aku tanya lagi..nape? ada rase la..rase apa? rase macam ada baby..la..mmg la ada..haha..aku pulak gelak kat en.fika..

apa la..jakun..huhu..( ampun abg.hehe..) aku pun excited..tapi xde la sikit2 tgk perut..pegang perut..tergelak2..tersuka suka macam en.fika..nanti balik bulan depan..perut lagi besar..baby lagi gerak2..camane tah..sabar je lah..huhu..

mekacih kat korang semua yg selalu doakan keselamatan dan kesihatan aku dan baby..oh, org kata..semasa mengandung..amalam ibubapa akan jadi ikutan baby..betul ek..

kebetulan 5 bulan pertama ini..org yg ditangkap banyak yang tah hapa..maki hamun pun ada 2 3 bakul..kalau anak aku pun nak jadi ejen 007..mmg salah mama dia yg mengandung ni la..haha..ok la..pagi ni kita share pasal info yg aku dapat dulu..pastu ptg kalau ada gambo baby dlm tummy mama dia ni..aku share ngan korang yer..huhu..

kredit kepada cni...

Amalan-amalan ketika mengandung

Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
  1. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
  2. Membaca ayat-ayat Al-Quran
Surah-surah amalan ketika mengandung

    • Al-Fatihah dan ayat Kursi
    • Seluruh surah Yassin
    • Seluruh surah At-Taubah
    • Seluruh surah Yusuf
    • Seluruh surah Luqman
    • Seluruh surah Maryam
    • Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
    • Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur
Link laman-laman web Al-Quran
  • Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
  • Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.
  1. Membaca doa
    • Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ  
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
    • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
    • Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
    • Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
  1. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri
    • Adab isteri terhadap suami ketika mengandung 
      1. Mengasihi dan menyayangi suami
      2. Menjaga perkataan terhadap suami
      3. Tidak terlalu cerewet
      4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
      5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
      6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
      7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

  • Adab suami terhadap isteri

  1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
  2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar 
  3. Selesaikan selisih faham
  4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

semoga semua amalan kita akan diberkati dan dirahmati Allah..Amin..

Friday, October 22, 2010

bengang!

aku jarang citer pasal keje di blog ini..tapi bila ada orang yang tidak faham tugas kita..cakap baik2 pun kita kena marah..uh, mmg pakcik itu..tak mau cakap la..sory yer baby..hari ni kami di pejabat emosi jadinya..

ceritanya..semalam ada tangkap org mintak rasuah..tetapi okt tidak direman..hari ni mahu bebas..tetapi ayah okt yg sgt sombong..anak dia buat salah kita pulak kena marah..x paham aku..

pakcik..kita kan orang Islam..ada Iman..kenapa mahu ikutkan amarah syaitan?

sedang urut perut..

p/s : hanya jalankan tugas..

Wednesday, October 20, 2010

hari ni mau p check perut..

hari ni, 20.10.2010..wah cantik yer date hari ni..kalau ada yg deliver hari ni..surely jadi tarikh istimewa sepanjang hayat..

aku pulak, kol 10.00 nanti mau p klinik ibu dan anak..mau p check rutin perut yg sebulan sekali tu..patut minggu lepas..tapi, terpaksa tunda..dek kesibukan kerja..huhu..

so, hari ni akan ambik darah lagi..serta urine test..bab ambik darah mmg lemah..sbb nurse gtau urat aku kecik..( badan besaq, nurse x kata..aku la kata..haha..)

so..petang nanti baru p jalan2 kat blog korang yeh..take care!

Tuesday, October 19, 2010

anak kena tinggal dek ibunya..

budak tecit ni nama dia muhammad khairul muhaimin..ni la anak yg mak aku jaga..kira tahun depan umah mak aku jadi cam nursery la..ada 3 la semuanya..kerol..pastu my baby..dan adik kerol pun bakal lahir sama bulan ngan anak aku tahun depan..huhu..kerol ni anak kawan pejabat ku..

dari semalam..mak dia xde sampai rabu..kena g kursus..keje gov nih kan kena cukupkan 7 hari kursus setahun..ni dah hjg tahun x cukup lagi..terpaksa la berkejar2 cukupkan hari utk penilaian akhir tahun nanti kan..

umurnya baru nak masuk 8 bulan..muka dia mandom jer..sedih jer..cam tau mak dia x dak 2 3 hari ni..tapi anak ni sng jaga..nangis pun jarang..suka senyum..tapis emalam mud dia x berapa baik kot..kata kawan pej aku sbb hari minggu 2 dia muntah n sakit perut..mungkin nak beralih bulan kot..

tapi hari ni, bangun pagi tadi..sblm p keje..dah ceria.. mgkin mlm tadi tido lena..perut pun x sakit kot..pagi2..dah ajak aku acah2 suh kejar dia..layan la jap..tapi aunty x bole layan lama2..mau p keje..balik nanti sambung main kejar2 yer kerol..huhu..

dah nama mak ayah bekerja..anak pulak terpaksa la berkorban..huhu..bapaknya x berapa mahir lagi nak jaga baby sorang2..buat baby meraung malam2..sawan pulak bapaknya nanti..tapi kalau anak dah beso..mungkin ada keyakinan sket kot kan..tapi kalau dah x bole nak anta kat sape..bawak g pejabat la gamaknya..haha..

zaman skang ni..tuntutan keje buat masa mak ngan ayah bersama anak2 terhad kan..balik malam dah letih..hujung minggu nak buat itu ini macam2 kat umah kan..tapi korang dan diri aku sendiri pun kena sll ingat yea....ape2 saje yang Allah berikan...pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


Monday, October 18, 2010

macam artis pulak..ada citer..kuar surat khabar..xde citer dok diam2..huhu..

salam hari isnin yg ceria kawan2..tajuk atas tu pasai aku la..haha..perasan..bukan aper..ada beberapa kawan2 yg tanya..naper x update blog..sebenarnya aku bz sgt 3 minggu nih..2 pasai x nyempat nak bercerita n gossip2..huhu..ada kes baru..jadi i.o pulak 2..korang paham kan..

tapi..minggu ni dah agak free..so aku nak citer pasai perkembangan baby dalam perut mama dia nih..huhu..minggu lepas 15/10 aku g scan kat klinik kesihatan ibu anak utk 18 minggu punya, so ini lah hasilnya..taraa..



korang nampak tak kepala n tulang belakang dia? terharu tau tgk..masa aku g scan dia hari tu..dia dah gerak2 tangan..nampak siku dia..pastu dia lambai2..rase cam..teruja dan terharu sgt..

nurse gtau..baby telah buat port kat sebelah kanan perut aku..mungkin sbb aku selalu baring ngiring kanan..so mulai dari hari sabtu lepas..aku tido ngiring kiri pulak..pastu cakap2 ngan baby..g la la ke tengah perut sket..huhu..

berat dia masa tu dah 220 g..ringan dan kecik jer kan...tapi tgk dari tulang belakang dia..mungkin ikut spesis tinggi en.fika kot..huhu..

nak tgk muka mama baby terbaru? haha..sila la..tapi diam2 yer..berat pun dah 63..jgn x percaya..baru nak masuk 5 bulan nih..ada lagi 4 bulan lebih 2 go..huk2..


ok la..cukup buat hari ni..en.fika..i x sabar tggu  u 27hb..huhu..

Friday, October 01, 2010

pusing..

salam hari jumaat kawan2..

dari semalam..rase kepala pusing2..pagi tadi..waktu sujud solat subuh, rase macam lantai berpusing..kenapa yer? tekanan darah mmg turun sket dari check up pertama kepada yg kedua..tapi ada kaitan ker?

moga simptom biasa aje kot..