Friday, July 30, 2010

ANTARA ANAK DAN KERETA…MANA LEBIH BERHARGA…

kisah tauladan utk semua..

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jankitan yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


p/s : aku pun penah kena pukul masa kecik..sbb g potong rambut anak jiran..tapi pastu mama pujuk balik..


Thursday, July 29, 2010

jawatan kosong!

PARENT- Job Description



POSITION :

Mum, Mummy, Mama, Ma

Dad, Daddy, Dada, Pa, Papa


JOB DESCRIPTION :

Long term, team players needed, for challenging, permanent work in an often chaotic environment.

Candidates must possess excellent communication and organisational skills and be willing to work variable hours, which will include evenings and weekends and frequent 24 hour shifts on call.

Some overnight travel required, including trips to primitive camping sites on rainy weekends and endless sports tournaments in far away cities!

Travel expenses not reimbursed.

Extensive courier duties also required.


RESPONSIBILITIES :

The rest of your life.

Must be willing to be hated, at least temporarily, until someone needs $5.

Must be willing to bite tongue repeatedly.

Also, must possess the physical stamina of a pack mule and be able to go from zero to 60 mph in three seconds flat in case, this time, the screams from the backyard are not someone just crying wolf.

Must be willing to face stimulating technical challenges, such as small gadget repair, mysteriously sluggish toilets and stuck zippers.

Must screen phone calls, maintain calendars and coordinate production of multiple homework projects.

Must have ability to plan and organize social gatherings for clients of all ages and mental outlooks.

Must be a willing to be indispensable one minute, an embarrassment the next.

Must handle assembly and product safety testing of a half million cheap, plastic toys, and battery operated devices.

Must always hope for the best but be prepared for the worst.

Must assume final, complete accountability for the quality of the end product.

Responsibilities also include floor maintenance and janitorial work throughout the facility.


POSSIBILITY FOR ADVANCEMENT & PROMOTION :

None.

Your job is to remain in the same position for years, without complaining, constantly retraining and updating your skills, so that those in your charge can ultimately surpass you


PREVIOUS EXPERIENCE :

None required.

On-the-job training offered on a continually exhausting basis.


WAGES AND COMPENSATION :

Get this! You pay them!

Offering frequent raises and bonuses.

A balloon payment is due when they turn 18 because of the assumption that college will help them become financially independent.

When you die, you give them whatever is left.

The oddest thing about this reverse-salary scheme is that you actually enjoy it and wish you could only do more..


BENEFITS :

While no health or dental insurance, no pension, no tuition reimbursement, no paid holidays and no stock options are offered, this job supplies limitless opportunities for personal growth, unconditional love, and free hugs and kisses for life if you play your cards right.


** AND A FOOTNOTE 'THERE IS NO RETIREMENT -- EVER!!!

p/s : moral : hargai jasa kedua org tua kita..


Tuesday, July 27, 2010

ada benda nak tunjuk..

tolong bukak facebook..cari Fika Ryna..ada video yg akan buat korang semua terharu..nak transfer kat blog, x pandai..

Monday, July 26, 2010

Dugaan Allah..

korang bayangkanlah..dari hari jumaat sampai tadi..setiap hari, ada secoit warna cokelat..hati mana yg x takut..walau calitan dah semakin mengecil..dan perut masih tidak alami krem atau apa..tapi..perkara2 sebegini di awal kandungan sgt menakutkan..

bak kata doktor..setiap org yg mengandung, situasinya berbeza..ada yg kuat dan ada yg tidak..sekarang apa yg mampu ikhtiar adalah makan vitamin utk kuatkan baby dan BERDOA..

semoga anak mama n papa kuat..( aku betul2 emosi sekarang..maaf kawan2 jika tiada kunjungan..) mgkin bila tiada lagi warna cokelat dan umur baby sudah menginjak ke minggu2 seterusnya..semangat seorang bakal mama ini akan kuat..

DOA SUPAYA ANAK DALAM KANDUNGAN SELAMAT

“Ya Allah peliharailah anakku selama berada dalam kandunganku dan sihatkanlah (sembuhkanlah) dia.


Engkau adalah Zat yang mampu menyihatkan (menyembuhkan). Tiada penawar kecuali penawar Mu yang tidak akan membawa penyakit.

Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dalam bentuk yang sempurna. Tetapkanlah keimanan dalam hatinya untuk tetap beriman kepada-Mu dan Rasul-Mu.

Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya dengan mudah dan selamat.

Ya Allah jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal cerdas, berilmu dan dapat mengamalkan ilmunya.

Ya Allah berilah dia umur panjang, badan yang sihat, budi pekerti yang luhur, lisan yang fasih serta suara yang baik, digunakan untuk membaca Al Quran dan Hadith dengan mendapat berkatnya Nabi Muhammad SAW.

Segala puji bagi Allah yang menguasai alam semesta.”


selama kita dalam dunia blog nih, walau apa jua kesedihan..mana yg kita x terlepas pandang..kita akan sama2 berdoa untuk kebaikan kan..

aku perlukan bantuan korang untuk sama2 berdoa dan kuatkan semangat aku..hanya ALLAH yg mampu balas jasa korang..

oh, lagi 6 hari en.fika akan pulang ke taiping..cepat la masa berlalu!


tentang kisah nak nangis..

salam pagi isnin kawan2..rentetan en3 ini..aku dah g jumpa doc hari sabtu..terima kepada semua kawan yg bagi sokongan..dan sbb aku mmg lum g klinik utk sahkan peknen..so 1st thing yg dibuat..mmg ambik urine dan bila di test..mmg sah peknen..pastu..doc cek..baby ok..alhamdulillah..tapi..mmg ada sbb warna cokelat itu ada di p**ty aku iaitu :

1) aku jalan jauh..
2) aku makan durian.
3) aku ada angkat barang2..

oh, aku betul2 x sengaja..tapi sekarang akan lebih beringat..doc dah bagi vitamin utk kuatkan baby..korang doakan aku n baby selamat, kuat dan bertahan sampai tiba waktu yg sepatutnya okeh..

lps nih, utk 3 bulan pertama, aku mmg dinasihatkan utk tidak jalan jauh, tidak naik motor, jgn makan nenas dan durian dan jangan lasak2..

baik..

Friday, July 23, 2010

rase nak nangis..

tadi..masa nak solat zohor..tgk kat p***y, ada satu tompok besar duit syiling 20 sen..warna macam kita awal period..tapi perut x rase apa..x sakit..tapi aku risau..pastu..terus surf internet..baca maklumat di bawah..

sumber : sini dan sini

Pendarahan di awal kandungan

Tiga bulan pertama kandungan adalah waktu yang terpenting kerana ketika itu pembentukan jasad berlaku daripada sekelompok darah menjadi segumpal daging dan seterusnya berbagai anggota badan dibentuk sehinggalah roh ditiupkan kepada jasad pada peringkat empat bulan. Pada ketika itu dan seterusnya barulah janin kukuh dalam kandungan sehingga sampai waktu kelahiran.

Di antara gejala-gejala yang mungkin timbul diperingkat awal kehamilan ialah keguguran atau kecacatan. Lebih kurang 10 hingga 15 peratus kehamilan mungkin gugur atau menjadi luar biasa seperti kehamilan anggor (molar pregnancy) atau kehamilan di luar rahim.

Tanda pertama bagi kehamilan luar biasa ini ialah pendarahan. Pendarahan walaupun sedikit ataupun banyak ialah satu petanda yang tidak baik bagi kandungan kerana ia menunjukkan sesuatu ancaman terhadap janin tersebut. Apabila keadaan ini berlaku kita boleh anggap kemungkinan kehamilan ini akan berterusan sehingga sempurna atau akan gugur ialah – 50 peratus. Perdarahan yang disertai dengan kesakitan perut yang amat sangat mungkin menandakan keguguran atau kandungan di luar rahim (ectopic pregnancy). Kedua-dua ini merupakan ancaman besar kepada ibu dan bayi .

Jangan pandang ringan terhadap masalah pendarahan diperingkat awal kehamilan. Langkah utama ialah untuk berjumpa dengan doktor yang terdekat. Mungkin ia seorang doktor biasa (GP) untuk mendapat nasihat atau terus berjumpa dengan doktor pakar perbidanan & sakitpuan untuk mendapatkan nasihat, atau terus masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan penyiasatan selanjutnya.

Pendarahan Pada Kehamilan Trimester Pertama


Pendarahan adalah salah satu kejadian yang menakutkan selama kehamilan---Apakah normal mengalami pendarahan pada trimester pertama kehamilan?

Pendarahan adalah salah satu kejadian yang menakutkan selama kehamilan. Pendarahan ini dapat bervariasi mulai dari jumlah yang sangat kecil (bintik-bintik), sampai pendarahan hebat dengan gumpalan dan kram perut .

Apakah normal mengalami pendarahan pada trimester pertama kehamilan?

Pendarahan pada awal kehamilan tidak selalu Normal, tapi hal ini sering terjadi hampir pada 30% kehamilan. Dan separuh dari wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat tetap meneruskan kehamilannya dan melahirkan bayi yang sehat.

Pendarahan dalam jumlah yang sangat sedikit / bintik-bintik pada awal kehamilan bisa merupakan hal yang normal yang disebut sebagai pendarahan karena implantasi embrio pada dinding rahim yang menyebabkan dinding rahim melepaskan sejumlah kecil darah biasanya terjadi sekitar kehamilan minggu ke 7-9 dan hanya terjadi satu atau dua hari saja.

Banyak wanita juga mendapatkan bintik/bercak pendarahan setelah hubungan seksual, atau mengangkat barang yang berat, atau karena aktivitas yang berlebihan hal ini karena servik mengandung lebih banyak pembuluh darah dan pelebaran pembuluh darah selama kehamilan ini. Untuk hal ini batasilah aktivitas anda sampai bercak pendarahan hilang.

Tetapi pendarahan atau bercak pendarahan selama trimester pertama kehamilan ini, dapat juga merupakan tanda ancaman keguguran. Ada dua hal medis yang harus dipertimbangkan ketika terjadi perdarahan pada trimester pertama kehamilan yaitu Keguguran atau Kehamilan Ektopik. Anda kemungkinan mengalami Keguguran jika perdarahan menjadi hebat ( lebih dari 1 gelas), biasanya sering disertai dengan kram perut. Kadang juga disertai keluarnya bekuan darah atau jaringan fetus. Sedangkan gejala untuk kehamilan ektopik adalah pendarahan vagina disertai rasa sakit perut bagian bawah pada satu sisi.

Walaupun, bercak pendarahan (spotting) pada trimester pertama kehamilan adalah hal yang tidak terlalu aneh (sering terjadi pada 30% kehamilan) tapi anda sebaiknya memberitahukan dokter anda tentang hal ini sehingga dokter dapat memonitor dan mengantisipasi komplikasi kehamilan lainnya .

Dan hubungi dokter anda SEGERA jika terjadi pendarahan banyak, kram yang hebat, sakit perut bagian bawah yang terus menerus atau timbul demam/panas tubuh. Semua ini dapat menjadi tanda terjadinya ancaman keguguran atau komplikasi lain seperti kehamilan ektopik.

Biasanya dokter akan melakukan pemeriksaan Doppler untuk mendengarkan detak jantung janin dan atau USG. Untuk memastikan diagnosa.

Jika anda masih kuatir dan bingung dengan pendarahan yang anda alami ini, ungkapkan apa perasaan dan pikiran anda kepada dokter anda.

Karena kehamilan, persalinan dan mendapatkan seorang bayi adalah salah satu peristiwa indah dan luar biasa dalam hidup anda, jadi binalah komunikasi yang baik dengan dokter anda, sehingga anda memiliki kehamilan dan persalinan yang sehat dan menyenangkan.

Rumusan

Janganlah pandang ringan terhadap masalah pendarahan diperingkat awal kehamilan kerana jika terlambat seperti dalam masalah kehamilan luar rahim, nyawa ibu boleh terancam ataupun jika kita mengabaikan nasihat dan rawatan doktor, dalam jangka panjang ia boleh menjadi kanser seperti dalam kehamilan anggur tadi. Selamatkan diri dengan mengambil berat segala tanda-tanda luar biasa yang berlaku waktu mengandung.

p/s : takut..


dah start dah..


pagi ni start loya n muntah sampai sekarang..uh, macam nih rasenya..jadi petang ni mau rehat saje!

perancangan 4 majlis..

oh, kita lupa jap citer pasai berita gembira yg satu tu..KEPADA semua yg mendoakan..mmg ucapan terima kasih tak terhingga sahaja yg mampu aku luahkan..dan jgn lupa ambik award pada yg belum di sini..

hari ni, kakcik balik taiping..so kat umah akan ada 5 orang..dan sesuai utk buat makan2..la ni aku nak citer pasai pada 12/7/2010 yang lalu adalah besday adik ku kakcik yang ke 25..uih..dah beso rupanya..hehe..calon2 dah ada..belum mahu kawen katanya..hehe..


ucapan dari kaklong: moga kakcik dirahmati Allah, dijauhi perkara2 yg tidak baik, dilindungi Allah dan akan mendapat segala apa2 yg dicita-citakan..

dia satu2nya dalam adik beradik ikut sebuntat muka mak aku..huhu..

kakcik nih baik hati dan tak kedekut..moga Allah akan murahkan rezeki kakcik selalu..

kan..kan..

aku pulak mmg banyak ikut muka abah..huhu..

oh, ya..dah tersasar pulak..

dan pada 14/7/2010 lepas ( date yg sgt istimewa..) ..maka genaplah sudah 32 tahun mama n abah menjadi pasangan suami isteri yang aku lihat amat romantik lagi memanja-manja..hehe..sampai sekarang kasih sayang dan kukuhnya ikatan cinta mereka dapat dilihat..

contoh :

 

aku respect sgt..sampai en.fika pun mengakui bahawa aku mmg datang dari sebuah keluarga yang ikatan kasih sayang nya sgt kuat..fuh! tabik spring utk mama n abah kerana berjaya didik kami adik beradik jadi insan berguna! tiada nilai taranya..

sampai lepas aku kawen pun , kaseh sayang abah n mama tiada kurangnya..tapi lagi dilayan ada la sbb skang abah n mama dok ngan aku..nak makan apa, mama masak..bila aku balik dgn keadaan yg amat letih cam hari selasa lepas balik dari ujian menembak malamnya mama urut2 tangan n badan..( terbalik pulak..hehe..mama mmg mama terbaik! ) sampai adik2 pun jele meles sbb depa jauh..haha..

abah dan mama..kaklong sayang sgt abah dan mama..sampai kaklong mati..sob2..segala jasa baik abah dan mama mmg tak terbalas..cuma selagi ada nyawa..kaklong akan jaga abah dan mama setakat mana yang telah disuratkan Allah..( terima kasih en.fika yg sgt memahami dan mengizinkan aku jaga abah dan mama di taiping ini..)

juga, pada tarikh tersebut, aku dapat tahu pasal berita gembira itu..

lagi best..3/8/2010 depan adalah besday mak aku yg ke 52 tahun..wah..masih muda mama..kaklong doakan mama akan sentiasa dalam rahmat kesihatan dan disayangi abah sampai akhir hayat..huhu..

jadi..sempena 4 tarikh istimewa nih..aku telah plan ngan persetujuan mama, abah, kakcik n adik mira supaya nak adakan satu majlis makan2 kecil2 lan pada sabtu, 24/7/10 iaitu esok hari..sbb hari tu tggu adik mira yg dah balik cuti pertengahan semester dan kakcik pun balik taiping jgk hari ni..tapi malangnya angah n en.fika x dapat join sbb keje..takpe..lain kali bole lagi..so plan menunya seperti di bawah :

1) nasi beriyani

 
sumber : cni

2) sate

sumber : cni

3) dessert - puding coctail

sumber : cni

4) abc 

sumber : sendiri minum..huhu..

5) ayam bakar

sumber : cni

6) atau pilihan : atau air apa2 yg menarik..hehe..

sumber : kami g jalan2..order air nih..huhu..

6) buah oren

sumber : cni


 oh..korang jgn x percaya..aku plan nak masak sendiri nasi beriyani, ayam bakar n sate.. pastu adik mira akan buat puding cocktail yg mmg dia pakar, bhgn air2 biar kakcik buat dan satu lagi tugasnya sediakan hadiah utk mama n abah..SURPRISE!..pastu abc mahu beli sahaja..hehe..

bahan2 seme dah beli malam semalam..semua dah ready..tunggu sok jer..

doakan aku n adik2 berjaya yer! ni kalau jadi..pertama kali woo..bila en.fika balik..bulih wat nasi beriyani kejutan! hehe..Isnin nanti..aku akan buat en3 istimewa untuk usaha gigih ini semua..TUNGGU..!

Thursday, July 22, 2010

geli...hukhuk..

semalam sms ngan en.fika..aku komplen kat dia..kalau tido dah x bole paten tido mati..sbb nanti kalau balik tpg, mesti nak kena bangun tgh2 pagi wat kan susu utk baby..

en.fika : ok, buat susu setuju, tapi berak syg basuh..

aku : a..saya pun geli..abg kena la bagi kerjasama..huhu..

en.fika : kalau macam 2, mintak2 la kembar..baru fair..

aku : ha???

en.fika nih..ke situ pulak peginya..dia ingat senang beranak kembar..nak dapat yg satu nih pun..kalau la g cek nanti ada 2 bintik..huhu..

cerita seorang kawan, suami dia memula pun cakap macam 2..bila mintak tolong cebokkan utk anak sedara..mmg tolak mentah2..geli katanya..tapi alhamdulillah, bila anak sendiri..dia pulak yg offer diri, sbb perasaan pada anak sendiri lain..

ok, harap2 la..:)

pantang membeli..


masih teruja dgn berita peknen..huhu..mama kata..nak beli barang2 baby tggu hingga bulan ke 7..org tua2 pesan..x baik beli barang awal2..mungkin rasionalnya kalau berita baik tidak sampai ke penghujung..kecewanya mau jadi hal meroyan pulak kan..



oh, lagi 5 bulan..nampaknya..lebih kurang hujung bulan 12 baru bole beli2 barang..huhu..  

Wednesday, July 21, 2010

suka beno nak tayang..ingat lawo?

petang..dari taiping mau p medan gopeng ipoh..jemput adik mira.cuti pertengahan sem...bas dari kolej nya sampai ipoh jer..tengok..mana nak cari kakak baik camnih? haha..( budak pejabat selalu kata aku kakak mithali..hik2..tq2..) adik bongsu..kuasa manja x bole dilawan..sekarang dia dah dok jauh..dah buat matriks..18 tahun cepat sungguh berlalu..tapi masih terkenang zaman masa dia kecik..kalau dia nangis..ngamuk..aku ugut mau taruk dalam mesin basuh..lagi kuat tangisnya..haha..


oh, nasib baik aku penyiasat..ada dokumen mau ambik di ipoh..kalau x, tggu lps keje..meraungla adik mira yg baru 1st time sampai medan gopeng..huhu..

ha..ada satu gambo mau share..korang tgk la sendiri..rumah dah la tepi spital..mmg org ramai lalu lalang tgk..



korang nampak tak apa yg aku nampak? uh, sgt x senonoh..ko punya..laki ko punya..ops! tutup muka..eh, tutup hidung..huhu..

p/s : nak jemur sotong kering..macam nak buat tayangan amal..hehe..

pagi2..cite hal pagi..huhu..



oh, cite peknen lagi..huhu..pada kawan2 adik2 yg belum kawen..leh jadikan ingatan dan panduan kan..sediakan payung sblm hujan..jgn jadi mcm aku..teori2 sgt lemah..hehe..

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

alhamdulillah..minggu ke 6 masih lagi tidak alami morning sickness..kepada korang yg ada alami atau tgk org yg alami..bole la share panduan di bawah..sian tgk org muntah tau..sampai macam lembik..xpe..lagi banyak kesakitan..lagi besar pahala..wallahualam..

Morning sickness selalunya berlaku pada trimester pertama (3 bulan pertama) mengandung. Ia terjadi kerana pertambahan hormon yang drastik dalam darah. Selalunya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ia juga boleh berlaku pada waktu-waktu lain. Penggunaan ubat tidak digalakkan terutamanya pada trimester pertama. Bagi kes-kes yang teruk, seperti sehingga hilang selera makan dan berlaku penurunan berat badan, doktor anda boleh mencadangkan beberapa jenis ubat yang didapati selamat untuk wanita yang mengandung.

Antara yang khas untuk orang yang mengandung ialah jenama Navidoxine yang mengandungi meclizine dan pyridoxine. Ia juga boleh didapati dari farmasi-farmasi.

Anda boleh mencuba langkah-langkah di bawah untuk mengawal rasa pening dan ingin muntah anda :

- minum air dengan banyak

- makan makanan ringan seperti biskut sebelum anda bangun daripada tidur

-makan sedikit-sedikit tetapi dengan lebih kerap

- berhenti merokok (dan berhenti minum alkohol)

- jauhi dari meminum kopi, susu dan minuman bergas

- rehat

- lakukan senaman ringan di tempat yang berudara segar

- makan halia

- ambil vitamin B6 (pyridoxine). Selalunya vitamin ini sudah ada dalam vitamin yang diberi semasa mengandung seperti Obimin

aku? mungkin belum lagi..tapi..sila tgk gambar di bawah..baru 6 minggu..kalau 6 bulan nanti? oh..


sape nak peknen? ini salah satu ikhtiar..ops..yg dah nikah sahaja okeh..huhu..

korang dah sarapan?

pagi nih makan ni..



oh, lari topik jap..

Bagi yang susah nak dapat anak (mengandung) mungkin korang boleh cuba petua ini. Petua ni aku baca kat cni..org nih dapat melalui email daripada salah seorang sahabat beliau. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.

Begini petuanya :

1. Ambil segenggam kacang hijau.

2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal ( kira-kira dalam segelas ).

7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata.

p/s : kalau nak kan sesuatu..kena korbankan sesuatu dan usaha tanpa jemu kan..korban sket masa..buat macam petua kat atas..cuba lah..kita ikhtiar...moga Allah Maha Mengasihani..

tapi bagi yg x makan taugeh..hehe..cuba cara lain pulak..

Tuesday, July 20, 2010

cerita yg ngilukan tut..ops!

oh, lupa..ada satu citer menarik nak share..skang musim mud peknen..citer mmg berkisar jer..huhu..

hari semalam..bersembang ngan mama..selama aku dewasa ni..mama jarang bukak citer pasal kisah2 org dah kawen..mungkin x sesuaikan dgn taraf anak2 anak dara kat umah 2..( utk adik2 aku ler 2..)

pastu..malam semalam masa ngah tgk berita..mama bukak satu citer yg bagi aku agak ngeri dan seram la..huhu..korang pun mungkin rase apa yg aku rase..tapi korang baca la dulu dengan hati dan pikiran yg terbuka eh..hehe..

cerita ni nenek aku yg cite pada mama aku..masa 2 mama aku baru kawen..

ada orang kat kg aku nama makcik gayah..masa 2..anak no 4 dia bersalin anak pertama..muda lagi anak dia..macam umur baru nak masuk 20 tahun..pastu kebetulan anak pertama dia pun bersalin gak..tapi kat tempat lain..nak dijadikan cerita, lagi 4 hari tempoh berpantang anak ke 4 tu nak abis, makcik gayah telah pergi ke rumah anak sulung nya kerana nak jaga anak yg itu pulak berpantang..kira depa bersalin dekat2 hari la..

dalam pikiran makcik gayah 2..xpe la..dah nak habis pantang pun..( org dulu pantang 40 hari, tapi tambah lagi 10 hari..kiranya masa 2 anak no 4 tu dah berpantang selama 46 hari..)

korang tau apa yg jadi?

keesokannya, makcik gayah bergegas balik ke rumah anak ke 4 nya..rupanya, anak ke 4 nya turun darah..pastu seketul benda keluar..dari tut nya..iaitu peranakannya..masyaAllah..masa 2 mmg heboh kat kg..bidan kampung pun turun tgk la naper..

anak no 4 tu khabarkan yg dia terjatuh..tapi bidan 2 kata..aku dari rambut hitam sampai rambut putih jadi bidan..aku tak pk ko jatuh...baik ko citer apa yg sebenarnya berlaku..

agak2 korang nape? huhu..aku sambung esok pagi..bole?

haha..tak2...aku tipu..sebenarnya..hal 2 terjadi..sbb dia bersama dgn lakinya..selepas makcik gayah g umah anak sulongnya..mereka telah....tanpa memikirkan akibat dan kesakitan bersalin yg masih baru..oh!..korang bayangkan..betapa marahnya mak dia dan bidan..siap bidan 2 kata..

ko ni x sayang nyawa ker? ko lagi sayang laki ko ker? kalau yer pun..sabar la..dah la nak masukkan balik peranakan 2 satu hal..

so bidan 2 pun masukkan balik peranakan perempuan 2..pastu anta ke hospital..

cuma satu pesanan ngeri yg aku pulak x bole lupa..pastu jgn berangan la nak anak lagi..satu ni je la..dah rosak..

Allah..ketar perut aku..dan tut..sbb bila kita bersama suami yg biasa2 pun ehem2..ni kan pulak baru lepas bersalin ( adik2..sila pejam mata..hehe..)..uh..sampai sekarang..macam terbayang citer mak aku 2..

p/s : hmm..sape yg bersalah?

aku mmg excited..kita share gembira ini okeh..

angkat tangan sape yg kawen x nak anak? aku percaya di kalangan kawan2 blogger kita nih..semuanya tangan simpan bawah kan..

kepada kawan2 yg belum berhasil..korang jgn ambik hati atas artikel2 atau en3 yg aku publish kat blog aku sekarang..mungkin buat masa sekarang..ada en3 yg menyentuh hati aku mintak maaf yer..sbb aku sgt paham perasaan korang..lagi2 apabila dihujani soalan2 kategori bangang..ops..baby..mama terlajak kata..huhu..

dan aku mmg x dapat nak simpan teruja aku..( dan berpada jugak..yelah, beringat walau di dalam hati ada bertaman-taman bunga..) sbb ni buah hati cinta pertama aku n en.fika..( mgkin penantian 7 bulan x berapa lama..) tapi bila usaha dan doa diberkati dan dirahmati..aku dan en.fika sangat2 gembira..dan aku harap sangat segala kisah dan info yg aku ada..aku nak kongsi ngan korang semua kat luar sana..

dan..mungkin yg bole dijadikan panduan..korang simpan2 dulu yer..

2 jer pesanan aku..anak aku jadi anak sedara ker..anak angkat ker.. korang di blog nih..okeh? peace..:)

ha..ye ker? korang tau? aku x tau..huhu..

jom kita tgk sama2..


Weeks 3 & 4*: Poppyseed

Your little zygote is settling into your uterus...


Week 5: Appleseed

Average size: .13 in**

Major organs and systems are forming..

Week 6: Sweet Pea

Average size: .25 in

Blood is starting to circulate...



Week 7: Blueberry

Average size: .51 in

Baby's brain is growing fast...



Week 8: Raspberry

Average size: .63 in, .04 oz

Little arms and legs are moving like crazy...



Week 9: Green Olive

Average size: .9 in, .07 oz

A Doppler device might pick up a heartbeat...



Week 10: Prune

Average size: 1.2 in, .14 oz

Arm joints are working, and soon legs will too...



Week 11: Lime

Average size: 1.6 in, .25 oz

Fingers and toes are no longer webbed...




Week 12: Plum

Average size: 2.1 in, .49 oz

Almost all vital systems are fully formed...




Week 13: Peach

Average size: 2.9 in, .81 oz

Teeth and vocal cords are appearing...




Week 14: Lemon

Average size: 3.4 in, 1.5 oz

Liver, kidney and spleen are continuing to develop...



Week 15: Naval Orange

Average size: 4.0 in, 2.5 oz

Legs are finally longer than arms...




Week 16: Avocado

Average size: 4.6 in, 3.5 oz

Eyebrows, lashes and hair are filling in...



Week 17: Onion

Average size: 5.1 in, 5.9 oz

Skeleton is hardening, and fat is accumulating...




Week 18: Sweet Potato

Average size: 5.6 in, 6.7 oz

Baby's moving like crazy -- feel anything yet?



Week 19: Mango

Average size: 6.0 in, 8.5 oz

Vernix caseosa is coating baby's skin...




Week 20: Cantaloupe

Average size: 6.5 in, 10.6 oz

Boy or girl, genitals are fully formed...


Week 21: Banana

Average size: 10.5 in***, 12.7 oz

Taste buds are starting to work...




Weeks 21-24 (Month 5): Papaya

Average size: 10.5-11.8 in, 12.7-20.8 oz

Nipples are sprouting, and face is fully formed!


Weeks 25-28 (Month 6): Eggplant

Average size: 13.6-14.8 in, 1.5-2.2 lb

Immune system is preparing for the outside world...



Weeks 29-32 (Month 7): Squash

Average size: 15.2-16.7 in, 2.5-3.8 lb

Sleeping and waking cycles are establishing...


Weeks 33-36 (Month 8): Honeydew

Average size: 17.2-18.7 in, 4.2-5.8 lb

Growth is slowing, and baby may soon descend...




Weeks 37-Delivery (Month 9): Watermelon

Average size: 18.9-20.9 in, 6.2-9.2 lb

Full term! Baby's finally ready for the outside world...



*Pregnancy weeks are counted from the last menstrual period


**From week 5-20, measurements are taken from crown to rump


**From week 21 on, measurements are taken from head to toe

p/s : oh..macam ni rupanya..huhu..