Friday, June 25, 2010

KaWaN BaiK saya hilang..

untuk seorang kawan baik saya kat pahang..


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.


Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.


Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.


Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.


Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.


Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.


Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.


Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

kita kawan baik kan ...???

sumber : cni..

p/s : sebenarnya..mud aku sedih..tanpa kata..tanpa pesan..dia jadi senyap..kalau kawan baik aku itu baca en3 ini, andai ada yg tersalah kata telah melukakan hati dan perasaan tanpa disedari..ampun dan maaf dipinta dunia akhirat..

Thursday, June 24, 2010

ada toyol? takutnya..

semalam adik mira tepon, tersesak-esak nangis..duitnya disimpan kemas dalam loker berkunci..tapi hilang jugak..oh, kesiannya adik mira..nak masukkan duit..budak2 matriks 2 x bole keluar..tunggu ye hari sabtu kaklong datang..

cerita adik mira, dia pasti tidak tercicir..dah simpan dalam loker..berkunci, tapi semalam nak guna, tengok2..dah x de..dalam hati aku..toyol kah? atau ada budak2 panjang tangan di asrama..

apa pendapat korang? di asrama, pencuri nih mungkin perkara biasa kot eh..tapi di tmpat budak2 pandai..jgn hanya pandai belajar ilmu dunia..harus pandai agama juga kan..

aku ada baca satu artikel tntg toyol..takut la..


sumber : cni

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam.


Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.

Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan, diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang...ada org2 tua menyatakan yg kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.

Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas..

p/s : teringat lagu aznil..tentang toyol..

status terkini : otak letih..huhu..


hal minggu ni selesai..mau jalan2 blog kawan2 aje..update : letih la..hehe..

Monday, June 21, 2010

aku ni nak pergi lagi..bulan june bulan menyibuk! hehe..

salam pagi isnin kawan2..pagi ni update laju2 sbb sat lagi nak gerak ke penang..exam ptk dari hari ni sampai rabu..aku x mintak banyak..cuma korang tolong doakan aku dapat ilham dan ingatan yg baik utk jawab exam dan perbincangan dalam kumpulan nanti..

moga2..berkat doa korang jugak, aku dapat A + A..so dapat la anjakan gaji..leh belanja korang..hehe..

korang jaga diri..aku x dapat jengah blog korang sampai rabu tau..khamis jumaat aku ganti balik eh..jadual sgt padat..cau cin cau..


Friday, June 18, 2010

lelaki botak seksi? macam pemain bola dunia? huhu..

salam hari jumaat yg mulia..

eh, apa isu pagi ni? org cite pasal bola..aku cite pasal org botak..hehe..lebih kurang la kan..rupanya kat pejabat aku ni, ramai yg ada design kepala sedemikian..eh, ada kawan aku mmg jatuh cinta pada org botak..nampak seksi dan macho..aww..huhu..

yg di bawah adalah wakil persatuan botak di jabatan aku..hehe..

bos mereka tiada dalam gambo.. :)..peace!

teringat masa en.fika kursus di pulapol muar..mmg wajib ar botak sekejap..kita tgk versi yg ada..

ni pertama kali aku tgk muka botak en.fika..( mcm castello..hehe..)


ha..bila senyum baru nampak manis..( huhu..sape lagi nak puji kan..kui kui..)

so..masing2 punya pendapat..tapi kalau en.fika dgn tugas dia skrg, mmg rambut pendek manjang..x pernah bayang camane muka en.fika kalau rambut panjang macam aznil ker..hehe..mesti muka macam jambu air..haha..ampun abg..

kalau baby botak? hehe..normal kan..belum tumbuh rambut..atau lps cukur kan..

ni la khairul..anak si duyung dan dugung di en3 ini yg mak aku ngasuh 2..mata bulat..pandai jer wat muka terkejut bila org snap gambo dia..

kesimpulannya, marilah kita sama2 berdoa..semoga apa yg kita dapat adalah yg terbaik utk kita, bukan ujian atau persinggahan sementara..mak aku kata, biar sakit di mata..jgn sakit di hati..hmm..betul jugak kan..kalau muka encem, tapi panas baran, pemalas dan perangai menyakitkan hati pun menderita jugak kan..sederhana la kan..apa yg penting? kerjasama..eh, betul jugak..apa yg penting ialah hati yg ikhlas...

ok lah, mau p kelas ngaji..korang jg diri baik2 okeh..

Thursday, June 17, 2010

ap yg gempar TENTANG TAIPING..jom cuti2 kat cni..


sumber : cni

hari ni..cuaca di taiping..sejuk..dan nyaman..korang yg pernah sampai cni mesti ada yg punyai pengalaman manis kat cni kan..so pada korang yg belum ada cadangan nak g mana2 cuti sekolah akan datang atau pada korang2 yg cuti semester blaja atau pada pasangan yg mahu cari lokasi bulan madu yg santai dan konsepkan makan2..apa kata korang masukkan Taiping sebagai salah satu lokasi cadangan..bole lah la datang ker TAIPING dan nikmati apa yg patut kat cni..huhu..

taiping kan penah jadi ibu negara malaysia..dan ada 40 yang 1st di negara kita yg dimulakan di taiping..bole check kat cni..

so..first sekali..biar aku citer macam mana korang bole datang ke taiping? dan aku ambil lokasi yg utama okeh..

kalau dari selatan : kuala lumpur - naik bas
1) puduraya ( sekarang operasi di bukit jalil )
2) hentian jalan duta

* tambang lebih kurang RM 25.00 seorang dan akan sampai di HENTIAN BAS KAMUNTING..

Kalau naik kereta, korang boleh guna highway plus terus sampai exit changkat jering atau pun exit kamunting..mana2 pun bole cuma aku suka masuk ikut changkat jering sbb akan lalu pekan taiping baru sampai umah aku..

* tol dari exit tol jalan duta ke changkat jering adalah RM 32.90..tapi kalau korang singgah IPOH..pastu nak naik balik ke highway utara selatan kena lalu tol jelapang okeh..

kalau dari utara pun sama nak masuk ikut kamunting pun ok, masuk ikut changkat jering pun ok..

nak tinggal kat mana?

aku ada beberapa cadangan kat korang..

1) homestay
kalau datang ramai2..dok homestay bole jimat kan..ada banyak homestay kat taiping nih..korang bole surf internet jer..kalau kat taman aku pun ada..harga lebih kurang RM 180 ke RM 200 satu malam..macam kat taman aku, homestay ada 4 bilik, hall luas, parking pun elok..jadi selesa la kan..

2) hotel
kat taiping, antara hotel yg aku rase korang bole stay dan tido nyenyak ialah :
i) hotel ssl traders
ii) hotel legend inn
iii) hotel panorama
iv) taiping golf resort
v) hotel flamington
vi) hotel seri malaysia

dan ada beberapa lagi yg berpatutan la..akut pada bajet dan keselesaan korang..macam taiping golf resort, ada kolam renang utk kanak2..jadi family mgkin suka kan..

nak makan kat mana?

penting kan tempat makan..sbb kalau susah nak cari..memang bengang jugak kan..sebenarnya taiping ni bandar lama..warisan la katakan..jadi banyak tempat makan yg sedap dan femes kat taiping nih, tempat macam buruk..sebenarnya lama..tapi makanan dia sedap..

sumber : cni

kalau nak makan mee udang..korang boleh terus g kuala sepetang dan makan kat mana2 gerai mee udang yg korang rase selesa..ada banyak kedai kat sana..singgah je la..mgkin tgk yg ramai org ker..kalau aku, biasa makan yg kat changkat jering punya, restoran zetty mee udang..kira keluar exit changkat jering ke kiri pastu seberang jalan ada signboard..

kalau nak makan char kuew tiaw sedap..ada kat air kuning..( tapi malam jer..)..so kalau sampai malam..kuar exit changkat jering, lalu trafic light, terus jer sket..tepi umah batu warna oren..depan ngan pasaraya..mmg sedap cghar kue tiaw dia..

kalau nak makan mee sup atau satay sedap, bole singgah di kedai makan depan stesen keretapi taiping..kedai dia biasa jer..hujung sekali, tapi mee sup ngan nasi ayam kat situ sedap la org taiping kata.hehe..

tapi korang jgn bimbang..di pekan kamunting, banyak restoran..kalau nak makan tengahari lauk banyak, ada restoran nama asam pedas dan restoran massa..mmg banyak lauk nak dipilih..

kalau malam, ada restoran kamunting timur, taiping utara, selera malam..g je la dan ordet..huhu..

oh..sebenarnya aku nak cite tempat2 menarik di taiping nih..baru la korang bole tertarik nak datang kan..apa la..hehe..antara tempat2 yg aku rase best la utk dilawati ialah :

sumber : cni

1) zoo taiping..mmg x puas aku dah g berkali2..hehe..mungkin aku suka dengar singa ngaum kot..huhu..bayaran masuk utk dewasa RM 10.00..kanak2 separuh kot..zoo ni ada nite safari maksud, leh g malam gak..dan naik keretapi..pusing2..tapi ada haiwan yg nampak..ada yg nyorok..tido kot..

sumber : cni

2) taman tasik taiping..kalau nak picnic ker atau nak jogging atau budak2 nak main palyground, leh la dtg cni..meriah..


sumber : cni

3) bukit larut..atasnya ad resort..boleh naik pakai jip ( kena abyar..aku rase dewasa rm 6.00 ) atau jalan kaki tp stamina mau kuat la..sbb aku naik hari 2..suku jalan dah pancit..hehe..tp mmg sejuk dan nyaman..kalau sape dapat naik atas pakai kaki..mmg aku tabik spring la..huhu..

4) ada air sungai kat taman jana ker taman suria ker atau burmese pool..nak g bakar2 ikan ker..dan mandi manda ker mmg syok..airnya sejuk..pastu x berapa ramai org..( tp aku g hari biasa..haha..)

5) muzuim perak..bole la kalau nak blaja sejarah dan untk budak..kenali taiping melalui muzium..huhu..masuk : free..

6) shopping kompleks : ada tesco, the store dan paling meriah taiping central sbb ada panggung wayang..hehe..

7) oh, ada kolam air panas di terong..dah kuar sket dari taiping, tp kalau korang kuar ikut exit changkat jering, lps traffic lite..ikut kanan..nanti dalam 3km, korang akan nampak sign board nya sebelah kiri..bole mandi kat adalm kolam atau sauna..rendam kaki jer pun bole..dan mengurut pun ada..( tp kena tempah..)

8) dan nak bukit merah laketown resort pun dekat..hanya satu exit lagi selepas exit kamunting..

hmm..dah lenguh la menaip..hehe..kalau korang ada kelapangan, nak datang cni..roger je la aku kalau sesat..hehe..kalau jalan yg aku tahu..aku bawak korang balik ke jalan yg benar..huahuahua..

semoga percutian yg dirancang akan eratkan lagi kasih sayang dalam keluarga kita..amin..

Wednesday, June 16, 2010

kalau awek lama cari balik suami kita macam mana? seramnya..

salam pagi rabu kawan2..semalam malam punya la boring di gerik ini..rase macam uh..boleh pengsan keboringan..huhu..

semalam sembang je la ngan kawan pejabat aku yang sama2 duty kat cni...hari ni topik aku..

' kisah kawan sama duty aku..'

ada beberapa kisah menarik tentang dia yg aku nak share..memandangkan selama ni di pejabat aku jarang dpt berbual secara dekat sbb msg2 xde sembang hal peribadi..

aku namakan kawan aku ni sbg duyung..hehe..ok x?ah, layan je la yer..huhu..ok, duyung dah kawen ngan dugung ( eh,bole la..nama samaran..hehe..) yg jugak bertugas 1 jabatan dan 1 cawangan ngan kami..depa berkenalan masa kursus asas dan perkenalan singkat tersebut telah menjodohkan mereka dan sekarang mereka telah mempunyai seorg anak lelaki yg kiut yg kini dijaga oleh mak aku..( pengasuh la kiranya..) berusia lebih kurang 4 bulan dan malam semalam budak kiut itu terpaksa la tido manja2 ngan mak aku lantaran mak nya si duyung ni dihantar bertugas ke gerik bersama2 aku..x kan nak bawak baby 2 dtg cni pulak kan? dah la jauh, sepanjang perjalanan hutan melintang..kalau budak 2 meroyan nangis malam2 kat cni..uh, jenuh2..huhu..tapi ptg semalam bapaknya si dugung ada dtg menjenguk anaknya di rumah aku..nak jaga kat umah sorang? mmg x konpiden..hehehe..

oh, sudah lari topik, tapi kisah baby 2 adalah sebahagian tuntutan kerja macam kami ni adalah biasa..mungkin korang pun alami keadaan yg sama atau ada yg lebih bernasib baik yg tidak pernah tido berpisah dgn baby masing2..ah...ryna, tadi nak cite lain...okeh2..(sori kwn2..pg2 tangan laju..huhu..)

masa makan malam di sebuah restoran di gerik semalam, aku pesan kuetiaw hailam dan duyung pesan mee udang..( nak upload gambo, kabel x bawak..frust2..) sedang kami makan, duyung pun bukak la cerita yg bekas awek laki dia masih lagi terhegeh pada suami nya..mereka berdua suami isteri ni org seberang laut, dan sekarang mereka bertugas di taiping ini, dan bekas awek suaminya yg juga org sana skrg sedang sambung blaja di sebuah kolej di kuala lumpur..hmm, alasan sebenarnya..dulu, cerita si duyung..sebelum dugung kenal duyung, dugung pernah ajak bekas awek 2 kawen, tapi bekas awek 2 x mahu..jual mahal kununnya..so..si dugung pun beralih arah pada si duyung dan mereka sudah bahagia bersama dan diserikan lagi dgn kelahiran cahayamata sebagai pengikat kasih..( kalau dah jodoh kan..)

tapi, mungkin hakikat sukar diterima selepas kehilangan baru tersedar,tp semuanya seperti sudah terlambat kan..persolan oleh si duyung sebagai isteri yg sah kepada dugung?

1) kenapa bekas awek itu dtg balik? apa motifnya?
2) sejauh mana nanti si suami dpt menepis dugaan dan godaan? skrg,masih mengelak-elak..
3) perempuan sekarang tidak kisah kah kalau bersuamikan suami org?
4) adakah si duyung patut kesian pada bekas awek?

sebenarnya, aku pun naik takut..benarkah perempuan sekarang tidak kisah status seorang lelaki? asalkan lelaki tersebut melayan..on ajer..

en.fika jauh..nauzubillah..kami saling mempercayai..semoga tiada dugaan seperti ini..uh,rase mcm mahu demam dgr citer ini..lagi seram dari citer roh kembali di tv3..huhu..

p/s : apa pendapat korang?

Tuesday, June 15, 2010

hidup siapa xde masalah? sila angkat kakitangan..huhu...

uh, boringnya duty di cawangan gerik ni..naper xde org dtg mengadu? hmm..xde keje pun jadi masalah juga yer..huhu..selagi namanya manusia..selagi bernyawa..hidup kita2 semua mesti ada masalah kan..mungkin ada org org 2 kaya..keje bagus, kete beso..tapi bahagia kah hidupnya? ada zuriatkah? mungkin hidup kita sederhana,keje biasa2..tapi kita masih ada mak ayah yg baik dan penyayang..dan kalau ada suami, suami yg baik dan bertolak ansur..atau ada anak2 yg jadi penambah seri hidup..

satu lagi..kita sihat...dan masih dipanjangkan umur untuk teruskan kehidupan di Bumi Allah ini..jadi di mana kurangnya sampai kita asyik mengeluh tentang kurangnya atau x bestnya hidup kita ni?

kalau nak pk masalah..semua org ada masalah kan? kecik atau besar jer bezanya..rumit atau tak jer..mgkin ada yg hadapi masalah kewangan, masalah di tempat keje, masalah keluarga, masalah rumahtangga..atau masalah kesihatan ker..apa2 pun berbalik lah kita kepada Yang Maha Esa..

mungkin ada yg kusut fikirannya tentang hutang..hari ini..jom kita sama2 baca doa ni..( hutang kereta ada lagi 4 tahun..waaa..)

Doa supaya dapat membayar hutang





klik utk besarkan

Maksudnya:


Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.




klik utk besarkan

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.


Doa untuk memudahkan sebarang urusan



Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki


semoga kita sama2 dapat kebaikan dan petunjuk..


sejauh mana suami korang sayang?

apa topik menarik hari ni? adakah hari ni korang rase sunyi, sedih, ceria atau ada sesuatu yg buat korang nak senyum jer sepanjang hari?

tadi, masa baca blog fasya, fikiran asyik melayang-layang masa memandu..berfikir tentang nikmat yg ada dalam hidup sekarang dan adakah kita ni dikategorikan sebagai bersyukur?

sebagai seorang Islam yang beriman, kita mestilah percaya bahawa perjalanan hidup kita ini telah ditentukan melalui qada' dan qadar.. walaupun ada butiran penjelasan di sebaliknya, tetapi asasnya, kita wajib percaya pada qada' dan qadar bukan?

apa yg aku nak share kat cni ialah..adakah kita manusia yg bersyukur atas segala nikmat dan ujian yang dikurniakan oleh Allah s.w.t? korang x payah tgk jauh, aku ambik diri aku sebagai contoh..

aku telah berkahwin dgn en.fika selama lebih kurang 6 bulan, tetapi Allah masih mengizinkan kami utk pergi hanimun dan menikmati cinta rindu dendam berdua..( juga ayat sedapkan hati..) sebelum kehadiran org baru sepertimana yang diharapkan oleh semua ( hampir ) pasangan yang telah mendirikan rumahtangga sebagai tanda 'buah cinta '..

maknanya, walaupun belum ada rezeki untuk mendapat cahaya mata..( bila jumpa, timing x berapa betul..hehe..) tetapi aku dan en.fika masih lagi tidak putus asa berdoa dan berusaha walaupun aku kadang2 yg terlebih emosi sbb mmg aku kepingin bangat...dan en.fika sgt mententeramkan bila dia menguatkan semangat dan tidak pernah jemu menjadi mesin motivasi supaya aku tidak sedih bila dua bulan berturut2 ini, 'kawan baik' datang selang 47 hari..sgt tunggang langgang kan..

aku bersyukur..pada nikmat kasih sayang en.fika yg setakat 6 bulan ini..( mmg masih barukan..) tetapi tidak pernah menghampakan..walaupun dari jauh, walau hanya melalui panggilan atau mesej di telefon,ttp aku tetap merasa bahagia dan disayangi..

aku mungkin kalah bila bertanding bab suami yg tinggal sebumbung, tidur sekatil, makan dan tonton tv sekali, tetapi bagi diri aku, aku ttp menang dari segi cinta dan kasih sayang sbb aku tahu en.fika setiap hari sayangkan aku..sehingga saat aku tulis topik ni, msg en.fika masih lagi masuk :

syg abg dah makan? jg diri baik2..abg syg syg..emmuah..

mgkin ayatnya ringkas, bahasanya biasa..tapi bagi aku..mmg sampai kasih sayang en.fika..mmg sampai sikap ambil berat dan concern dia pada aku..aku berharap, semoga hangatnya kasih sayang en.fika akan terus semarak..sampai bila2..

mmg aku selalu ingatkan diri, pada saat ini, ini rezeki aku dan en.fika..jika nak banding dengan ada kisah seorang isteri yg mmg duduk sebumbung dengan suaminya tetapi nak jumpa pun susah,bercakap pun susah, apatah lagi nak dengar perkataan2 abg sayang awak keluar dari mulut si suami..oh, aku masih beruntung kan? ( en.fika anta msg dan kol setiap hari without fail..)

kawan2 semua, doa aku..( utk aku dan korang seme gak..) apabila setiap hari kita ditaburkan dengan mesej2 cinta dan kasih sayang, insyaAllah hidup kita akan jadi lebih positif dan bersemangat..mungkin perkahwinan jarak jauh tidak sesuai utk jangka masa panjang, tetapi bila Allah atur sesuatu perkara...mesti ada baiknya bukan..Wallahualam..

p/s : walau kadang2 ada huuuh..tapi cpt2 istighfar...alhamdulillah..terima kasih Allah..peace..!

pesanan para suami di musim demam fifa? kena baca ni..

hehe..musim bola datang korang kena tempias x? kalau suami korang pesan cam di bawah..apa memo korang nak balas? aku, en.fika dok jauh..bahang x berapa rase..huhu..

oh, hari ni aku bertugas di gerik..petang2 aku jalan2 kat blog korang eh n update citer2 menarik dan menolak..:)..sementara aku perjalanan ke gerik, korang sila la ambik perhatian memo para suami di bawah..( sumber : email dr seorg kawan..)


sila klik utk besarkan..baca jgn x baca..huhu..

Monday, June 14, 2010

perancangan yang tidak menjadi dan kisah ada org merajuk panjang..

wah, macam berkurun lama x becerita kat blog nih..minggu lepas dari isnin sampai hari rabu ke akademi di jalan duta..menghadiri satu kursus yg agak berguna dgn kerja aku..

teknik memberi keterangan di mahkamah..

hmm, peluang diambil untuk berjumpa kawan2 satu badge masa kursus asas yg mmg payah nak jumpa kalau x kerana kurusus2 nih..

isnin?
ha..pastu korang ingat lagi x plan aku utk seludup en.fika masuk bilik hotel tmpt aku menginap di en3 ini? nampaknya, plan nakal aku tidak menjadi..tgk2..peserta prermpuan ngam2 10 org..jadi 5 bilik utk prmpn ini lah..yg jadi hal ialah, en.fika telah tutun dari genting utk bersama2 habiskan masa dgn aku di kl nih..tup2..plan x jadi..sob..sob..

pastu en.fika merajuk bukan kepalang..aku mahu belanja tido di hotel mahal pun x mahu..( ish..nasib baik x jadi..kalau mintak 5 star..hehe..) okeh2..sambung cite..pastu en.fika mahu balik genting, katanya dia sudah bersusah payah turun, tapi alih2 x jadi stay ctu..aku pun pujuk la kita bayar sendiri la..x mau jugak..

masa 2..en.fika nih angin apa tah..merajuk ngalah aku pulak..( nade2 kan..)

pastu akhirnya en.fika call kakak dia kat bukit jalil, kami tumpang tido di situ la pada malam itu..

selasa?
dan pagi2 buta slps subuh, terus gerak anta aku ke hotel utk hadiri kursus yg sepatutnya..ptg 2, slps kursus, aku anta en.fika naik bas di pekeliling sbb esoknya en.fika ada temuduga naik pangkat..( harap2 ada rezeki..)..tapi rajuk en.fika belum habis di situ..masa en.fika nak balik, dia hulur tangan, aku cium pun dingin jer..( bersalahnya..)

hari rabu?
aku sehari lagi kursus sampai ptg..mmg x fokus sbb rase bersalah pd en.fika tntg hal isn n sel belum ditebus..nak balik taiping ker nak nak g genting? congak punya congak..tetiba ptg 2..perasaan mahu jumpa en.fika sgt melonjak2..jadi aku dgn hati keringnya mintak cuti ngan bos..syukur..approaved! macam mana, kenapa, bagaimana..korang jgn tanya..haha..

aku pun dgn gigih naik bas dari pekeliling ke genting..naik bas warna kuning..lajunya org 2 bawak..dah la 1st time naik..aku dah la bendera merah..tambah2 pening loya seme ada..wah2..kalau peknen..mahu aku mintak turun sekerat jalan..x bole tahan..huhu..( en.fika sbnrnya x kasi aku naik genting, dia suh aku balik taiping..tapi aku mahu jadi isteri heroin! mahu tunjuk aku mmg sayang dia..dan kalau aku yg buat x betul..aku mahu betulkan dan tebus salah aku..)

aku sampai di genting malam..nampak muka en.fika barulah lega..dia terus ambik beg dan bawak aku balik bilik dia..kami senyap jer sepanjang jalan..

sampai di bilik..

abg nak keluar.. ( aku diam jer..)

lepas salin baju..aku terus baring..terlelap..pastu tetiba..

syg nak makan? abg nak belikan..

aku geleng..

syg dah makan ker?

aku angguk..

kol baper?

12.30 t/hari td..

betul x mau apa2?

geleng..

masa 2, aku tgk jam dalam kol 12.30 lebih..pastu aku sambung tido balik..mgkn kol 2.30 aku rase en.fika balik dan tido di sebelah sambil peluk aku..aku rindukan dia....

khamis?
selepas subuh..aku x boleh tidur, en.fika pun..kemudian, aku pun menyuarakan rase hati aku mintak maaf atas segala kelemahan yg berlaku..aku melahirkan apa yg aku rase tidak puas hati..kami berbincang dari hati ke hati..

dan en.fika tenang mendengar luahan hati aku..dan kemudian, en.fika pulak melepaskan apa yg terbuku di hati..

alhamdulillah, kata sepakat dicapai..kami berdamai dan masing2 berjanji untuk berubah kat mana yg lemah dan kurang dan saling ingat mengingat jika ada yg terlepas pandang..sesungguhnya, hari khamis tersebut sgt bermakna buat kami..

betul lah kata org2 tua..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..dan yg pntg, jgn sampai apa2 hal yg tidak capai kata persetujuan tidak akan sampai memudaratkan kasih sayang dalam hubungan..yg pntg, buang yg keruh, ambik yg jernih..barulah hidup akan sepakat..huhu..

suasana di genting yg dingin dan nyaman sgt mendamaikan hati..

jumaat?
seharian dihabiskan dgn makan bersama2 dan bergelak ketawa..seronoknya kalau selalu, tetapi rezeki kami tidak begini sekarang..

sabtu?
aku bergerak pulang ke taiping kerana malamnya en.fika sudah mahu bertugas..sayu hati kali ini..selepas bergaduh dan merajuk..saat2 selepas itu mmg sgt ajaib, rase kasih sayang, cinta dan rindu semakin bertambah2..yeh!hehe..kepada b2b semua, sesungguhnya bercinta selepas kawen sgt indah bila kasih sayang yg ikhlas membuat kita teruja utk explore ada apa dgn pasangan kita..ceh ceh..

sedikit cuci mata utk korang..


kfc sana mahal kan..huhu..


wajah dah ceria..kalau hari sebelum..huhu..


gelap2 romantik kan..haha..

dah2..korang g sambung keje..panjang sgt kisah hari nih..hehe..

p/s : aku yg masih tersenyum..peace!

antara aku..lilin dan singa..

Salam hari isnin yang ceria kawan2..dah lama x bersua..sgt sibuk minggu lepas dan menyibuk jugak..huhu..so pagi nih..kita uji minda dulu..hehe..

Bayangkan anda berada dalam perangkap.


Anda tergantung di atas pokok dan tali terikat di tanah. Sebuah lilin menyala di permukaan tanah dekat tali. Perlahan-lahan api lilin pasti akan membakar tali dan anda terjatuh ke tanah, sementara seekor singa menanti anda untuk makan tubuh anda. (See Picture below)






Tidak ada org akan membantu Anda. Ikatan tali sangat kuat dan anda tidak boleh bergerak.

Apa yang dapat anda lakukan supaya tali tidak putus dan anda tidak jatuh ke tanah ?

Fikirkan dahulu sebelum anda bertanyakan kpd org lain

Masih belum tau ??

inilah jawapannya..


V



V



V



Nyanyikan lagu " Happy Birthday to YOU... !!!


p/s : ngee..peace no war.. :)


Monday, June 07, 2010

kawan2..aku mahu pergi sekejap..

* kami pengantin x berapa baru masih dlm mud hanimun..huhu..*

salam hari isnin yang ceria kawan2..hujung minggu lepas adalah misi mencari buku utk adik mira..oh, rupanya sgt susah mahu cari buku untuk matrikulasi..korang tau..sampai ke penang perginya aku n famili kerana kedai buku di taiping tiada buku2 utk matrikulasi..ah..koman tul..hehe..

kami terjah 3 shopping mall iaitu komtar, gurney plaza n sunway carnival baru dapat cari 5 buku yang di request oleh adik mira..2 pun buku chemistry utk matrikulasi sem 1 dah habis..huhu...

oh, sebenarnya, hari ini aku mahu ke kolumpo kerana ada kursus di jalan duta sampai hari rabu..jadi mungkin x sempat jengah blog korang tau..nanti balik aku ganti balik..so jap lagi pas meeting, aku akan gerak2 khas..tapi apa yg paling gembirakan hati..en.fika akam start cuti selama seminggu mulai dari hari ni..hehe..( aku mahu seludup dia ke dalam bilik hotel ku..haha..) pastu malam2 mahu gembira2 di bandar kolumpo..haha..tah hapa2..ntah dan atau tidak..kalau x, en.fika jadi burung la dalam bilik hotel..huhu..

oklah, korang seme take care okeh..ada satu perkara nak share..tapi balik nanti lah..aku kena karang ayat dulu sbb melibatkan hati dan perasaan..( korang jgn saspen..) sudah tidak sempat mahu kecepatan..huhu..

doakan aku selamat pegi dan balik yer..hmm, pagi ni ada sesuatu info yg mahu share ngan korang..sbb dalam hidup kita kena sll positif kan..kalau ada yg nak tampal di blog masing2..silakan la..sharing is caring kan..moga dpt manfaat..


Life's Handbook



Health:

1. Drink plenty of water.

2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.

3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants..

4. Live with the 3 E's - Energy, Enthusiasm and Empathy

5. Make time to pray.

6. Play more games

7. Read more books than you did last year.

8. Sit in silence for at least 10 minutes each day

9. Sleep for 7 hours.

10. Take a 10-30 minutes walk daily. And while you walk, smile.


Personality

11. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.

12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

13. Don't over do. Keep your limits.

14. Don't take yourself so seriously. No one else does.

15. Don't waste your precious energy on gossip.

16. Dream more while you are awake

17. Envy is a waste of time. You already have all you need.

18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with His/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.

20. Make peace with your past so it won't spoil the present.

21. No one is in charge of your happiness except you.

22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

23. Smile and laugh more.

24. You don't have to win every argument. Agree to disagree...


Society:

25. Call your family often.

26. Each day give something good to others.

27. Forgive everyone for everything.

28. Spend time w/ people over the age of 70 & under the age of 6.

29. Try to make at least three people smile each day.

30. What other people think of you is none of your business.

31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.


Life:

32. Do the right thing!

33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

34. GOD heals everything.

35. However good or bad a situation is, it will change.

36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

37. The best is yet to come.

38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.

39. Your Inner most is always happy. So, be happy.


p/s : dan juga..mahu pergi lawat adik mira..dia demam panas sabtu dan ahad lepas, hari ni mc..sian adik mira..banting panas yer..tapi aku rase adik mira nih mesti homesick kan...moga cepat sembuh adik dan lepas ni dapat blaja semula dgn baik..

Friday, June 04, 2010

doa untuk mendapat zuriat..usaha..doa..tawakkal..

usaha masih diteruskan..dan memohon pada Allah supaya permintaan mendapat zuriat diperkenankan..nak share ngan korang2 amalan2 doa..

Amalan-amalan suami isteri

Doa untuk dapat zuriat.


Ikutilah contoh Nabi-nabi Ibrahim dan Zakaria , masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh.


Ertinya : ‘Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’





Doa Nabi Zakaria.





Doa sebelum persetubuhan.


Penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin.


sesungguhnya Allah jua yg menentukan segalanya..

sumber : cni..

Thursday, June 03, 2010

selagi hayat dikandung badan dan kisah aiskrim?..

pagi tadi..dapat msg dari en.fika..

syg syg abg tak?

syg syg sgt..selagi hayat dikandung badan..insyaAllah.. ( suka kasi ayat power pd en.fika..hehe..)

abg pun.terima kasih.

hmm..isunya apa yer pagi2 tetiba jer en.fika anta msg macam 2? rindu kot..hehe..walaupun selepas 6 bulan kami belum ada buah cinta..tetapi alhamdulillah, ikatan yang dibina atas dasar percaya dan memahami utk menyulam cinta selepas kawen ternyata sgt membahagiakan..

semoga rahmat kasih sayang, cinta dan rindu en.fika pada aku akan berkekalan sehingga akhir hayat..( korang pun doakan eh..)

oh, sudah kembang setaman hati aku..jom kita stori mori bab mab makan2 nak..sebenarnya aku nak share resepi mudah kat korang nih..aku dah cuba..lazat dan enak..2 pasai aku rekemen kat korang pulak..hehe..pada yg ada anak2 kecik leh ar try kasi makan aiskrim homemade xde penambah perisa dan bahan kimia utk tahan lama kan..

so yg pertama..pada penggemar aiskrim macam aku..leh la cuba..senang jer..


Aiskrim Simple


Bahan-Bahan:

1 kotak Coffemate

1 kotak besar susu UHT Dutch Lady

Cara:

1) Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.

2) Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.

3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.

4) Sejukkan sehingga beku. Siap utk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:

Skop kan aiskrim ke dalam cawan dan tuangkan coklat cair dan taburkan kacang tumbuk diatasnya @ dihiaskan dgn buah-buahan campuran.

Tambahan:

Perasa aiskrim bergantung kepada perasa susu yg dipilih sama ada coklat, strawberry, coffee, etc


JENG2..



aku telah ubahsuai dgn blend sekali ngan horlicks n biskut lemak muncys..nyum2.. ( ni dah second time buat, yg 1st, aku buat dalam plastik aiskrim malaysia yg panjang2 tuh..tapi x sempat nak snap gambar sbb dah kena ngap!..huhu..)

so apa lagi..jom kita gembirakan dan ceriakan hari kita dengan makan aiskrim buatan sendiri..hehe..

p/s : korang mesti try n tempek gambo yg nyum2..huhu..sgt senangkan..

panduan melakukan ehem2..budak bawah umur jgn baca..huhu..

ha..korang jgn pk bukan2 okeh..hehe..ni bukan panduan macam mana nak ehem2..belasah kang..hehe..tetapi bagi yg telah halal hubungannya..suami isteri lah 2..sila lah ingat panduan di bawah supaya jika ada rezeki dikurniakan zuriat nanti..tidak nanti termasuk golongan yg jahat2 okeh..sbb cara kita yg salah sbnrnya kan..so..jom kita share..

*gambar selingan..huhu..*

Masa Berjimak


Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.


Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.


3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim.


4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .

p/s : semoga jadi panduan kita bersama..usaha tangga kejayaan..dan lagi..dan lagi..huhu..

Wednesday, June 02, 2010

rindu kamu..kamu..kamu..korang lah 2 maknanya..hehe..

alhamdulillah, adik mira telah membuat keputusan utk memilih sambung blajanya di matrikulasi selangor, banting..wah..aku pun tumpang seronok..tempat baru, barang2  baru dan harap2nya semangat blaja baru dan berkobar2 akan buahkan hasil yg cemerlang slps setahun nanti..

huhu..sudah 5 hari tidak bersiaran..sgt rindu pada korang..dah lama rasenya x jalan2 kat blog korang..jgn ambik hati yer..nanti aku mesti pergi sbb bila dah jadi rutin..mcm tidak kena kalau x buat..bak kata org2 lama..kalau rindu..x dapat tgk org..dapat tgk bumbung pun jadi la..haha..pagi2 dah bebel ek..

oh, hari jumaat malam sampai ahad petang aku dapat melepaskan rindu dan  manja2 dgn en.fika..sabtu malam ahad ada aktiviti luar dgn en.fika di kotel seri malaysia ipoh.buat apa? syy.rahsia..huhu..


tgk 2..jahat kan..hehe..

ahad petang en.fika balik genting dan aku pun gerak balik taiping..masa nak balik..peluk en.fika kuat2..sayu jer rasa..hmm..suami isteri berjauhan, macam gtulah kan..

ahad malam pulak..aku n famili bergerak ke putrajaya utk hantar adik mira daftar di kolej matrikulasi banting pada isnin paginya..setel adik mira punya hal..malamnya adik aku yg no 3, kakcik pulak nak pindah dari menyewa bersama kawannya di presint 5 ke desa pinggiran putra sbb kawan umah nya dah nak kawen..penat? mmg penat sgt2...en.fika suh aku rehat semalam di putrajaya tapi aku dah x sabar nak balik tpg..malam 2 jugak kami gerak balik..

aku sampai di tpg dalam lebih kurang kol 2 pagi..nasib baik selasa aku masih cuti..habiskan masa dgn zzzz saje..

so..macam 2 lah aku nya aktiviti penat tapi seronok aku minggu lepas...

kepada adik mira..blaja rajin2..jgn nangis2..moga adik dapat sesuaikan diri dan blaja dgn mood yg seronok..huhu..dan..aku pun nak rakamkan jutaan terima kasih pada qis..yg turut bagi sokongan pada adik mira.walau melalui tepon, sbb qis dulu pun matriks sains..at least adik mira adpat idea dan motovasi dr yg dah ada pengalaman kan..qis..ryna owe qis..nanti singgah tpg..gtau tau..ryna belanja makan sbb sudi jadi kakak jap pd adik mira.hehe..