Friday, April 30, 2010

Love is you and me Contest.


Hari ni hari apa kawan2? ha..hari aku nak masuk contest..hehe..yeyeh..so sempena besday aku next week..mana tau aku menang perhiasan2 cantik2 dari SABAH ACCESSORIES yg sponsor hadiah utk contest ni kan..huhu..

menang  ini ker utk aku..( cantik kan..)


atau ini ker utk en.fika..huhu..



 
jom la korang join sama..utk tgk syarat, hadiah dan details leh g kat cni okeh..jom cepat sebelum tarikh tutup :

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 April 2010 pukul 11.59pm! ( masih ada masa..)

so gambo yg aku pertaruhkan ialah..( baru kawen 4 bulan kira pakai mud pengantin ok lagi kan..hik2..)


ni adalah gambar fav aku n en.fika sampai hujung nyawa..huhu..

p/s : jom..jom..jom..jom masuk contest!

Thursday, April 29, 2010

nak pakai apa g interview ek?

salam hari khamis kawan2..esok aku cuti..cuti lagi..huhu..

ingat adik mira x di en3 ini? hari 2 kisah dia dan result spm nya..alhamdulillah, adik mira dapat surat temuduga spa 8, separa perubatan di Kolej Jururawat Ipoh, sok pagi..

nasihat aku kat dia..zaman skang susah cari keje..kalau dapat peluang mcm ni, lagi bagus terima..sbb lepas 3 tahun kursus, dapat diploma dan terus keje di kementerian kesihatan..pastu dalam masa yg sama, sambung lagi ke peringkat yg lebih tinggi..kan. kalau x, masuk u..dapat dip atau dig nak cari keje lagi..kalau ada rezeki alhamdulillah, kalau rezeki lambat sampai..tertekan jugak cari keje kan..( walau aku x alami saat2 susah sng cari keje..tp tgk org2 sekeliling.. cam kesian jugak kan..)

2 pasal aku ambik cuti, mau p ngantar budak manja ni nih g..bagi sokongan moral..aku kan kakak..haha..

tapi, ada satu masalah..budak kecik nih sgt cerewet soal baju..mmg nak pakai baju kurung, tapi kaler pulak jadi pertikaian..x mo pakai terang sgt, x bole pakai hitam..( ye ker? ) kalau pendapat korang la..penampilan mcm mana plg sesuai..ada tips x?

aku dulu p interview, belasah je baju kurung yg  mana..ada la yg baru sket, pastu pakai blazer..huhu..mgkin dulu lain kot..


p/s : anak bongsu mmg cerewet ket ek..tp adik mira cerewet banyak..huhu..( persatuan anak2 bongsu..jgn saman aku eh..hehe..)

Wednesday, April 28, 2010

lagu tema FIKARYNA79

Salam pagi rabu kawan2..korang ada lagu tema x? ni lagu tema aku ngan en.fika..( dengarlah..sgt syahdu..) lagu ni aku rase kena dgn kehidupan kami selepas sah menjadi suami isteri..

wahai isteri2 atau tunang2..kalau yg tersayang nyanyi lagu nih kat korang..uih..masuk dalam hati..bole tangkap leleh..hik2..

korang plak lagu apa? mgkin zaman korang bercinta ada lagu tema..atau zaman dah kawen ada lagu lain pulak..aku sbb kisah cinta selepas kawen..lagu ni mmg berkesan di hati lah! suara en.fika pulak mcm amy search..( wekk..) hehe..korang jgn percaya..aku sedang bodek en.fika utk tuntut birthday prezen next week nih..haha..

kalau en.fika nyanyi lagu ni bila jumpa..x sempat nak merajuk..huhu..kalau korang ada maser..tgk kat you tube..

Wali Band - Baik-Baik Sayang :


aku tak ingin kau menangis bersedih

sudahi air mata darimu

yang aku ingin arti hadir diriku

kan menghapus lukamu sayang


karna bagiku kau kehormatanku

dengarkan, dengarkan aku


reff:

hanya satu pintaku

untukmu dan hidupmu

baik-baik sayang

ada aku untukmu



hanya satu pintaku

di siang dan malammu

baik-baik sayang

karna aku untukmu



semua keinginan akan aku lakukan

sekuat semampuku, sayang

karna bagiku kau kehormatanku

dengarkan, dengarkan aku


repeat reff:

p/s : 3 Mei besday aku..11 Mei besday en.fika..ada seprise kah? huhu..

Tuesday, April 27, 2010

penerima-penerima anugerah ialah ....

minggu lepas dapat 2 award..wink2..satu dari intan dan satu dari anna..tq yer korang..pandai korang ambik ati kak ryna nih..ahaks..so aku nak bagi dua2 award ni pada korang2 kat bawah : sila lah ambil dgn segala hormatnya..huhu..korang2 selalu komen2 yang buat aku hepi..so hari  ni aku nak hepikan korang pulak..so ambik n jgn lupa tampal kat blog eh..






































































p/s : senarai nama x ikut rank ar..ada x yg tertinggal? sila tegur..akhirnya..jenuh mata n tangan meng list..huhu..

Monday, April 26, 2010

jom senaman bersama en.fika..

salam pagi isnin kawan2..so kita mulakan hari yg baik ini..dengan senaman ringan bersama jurulatih aku..en.fika..haha..



p/s : maaf kawan2..gambo blur..

Thursday, April 22, 2010

bila hati dicuri..jiwa berbunga2..hik2..

nampaknya en3 aku macam berantai pulak..besambung2..macam slot asmaradana plak..uh, best gak cite 2 kan..huhu..lari topik plak..melalui en3 semalam..sudah terbukti masih ramai insan baik di muka bumi ini..huhu..banyak komen yg sgt menjurus pada unsur kasih sayang..yang paling terharu..contohnya komen2 di bawah..( yg lain pun turut mengusik jiwa..cuma pelawaan secara terus..membuat hati bergitu berbunga2..huhu..)

antara yang membuat aku semakin seronok menambah kawan di alam blogging dan percaya bahawa alam maya bukan semuanya buruk dan negatif ialah :
















so..sempena hari baik..( khamis hari yg baik utk pasangan dah kawen..huhu..tp yg jauh macam aku..nganga je la..hik2..) so aku nak hadiahkan korang2 ni dgn award..suka tak? hik2..aku dapat 2 award semalam..hepi nya tapi sedihnya aku x sempat nak tag nama korang skang..bagi aku masa eh.

korang take care eh..aku nak p sarapan dulu..pastu ada ops!

..

Wednesday, April 21, 2010

percaya tak..

semalam..hari yg down..banyak kawan2 yang sejukkan hati di en3 ini..macam satu keajaiban kan kita semua yg sedang membaca en3 ini, atau pun bila kita saling berkunjung antara satu blog yang lain adalah kawan2 kan..walhal saling tidak mengenali..( ada segelintir mungkin ya..)

mmg hidup kita tidak selalu indah..tetapi luahan perasaan sama ada gembira atau duka yang kita kongsi di ruangan maya ini..seolah - olah satu paltform utk kita sama2 membantu antara satu sama lain..menguatkan semangat antara satu sama lain..

syukur pada Allah yang memberi ilham kepada kita yang meyalurkan kepandaian menggodek teknologi maya ke jalan yang aku kira lebih kepada mengeratkan silaturrahim walau kita x pernah berjumpa..

komen2 dan pendapat yg diberikan ada kalanya ringkas..walau satu patah perkataan seperti InsyaAllah..Amin atau caiyok! bagi aku sudah memadai utk redakan resah di hati..

mungkin hari ini hari aku..esok lusa siapa yg tahu kan..apa2 pun kawan2..seribu penghargaan buat korang yg selalu bagi sokongan dan kata2 semangat..kadang2 kita jadi tidak betah nak luahkan pada org yg dekat dgn kita seperti suami, ibu bapa atau adik beradik..mgkin hati mereka perlu dijaga atau ada perkara yg malu utk dikongsi..tetapi luahan di sini tanpa mengenal rupa secara realiti..lebih menyelesakan hati dan minda..

alangkah seronoknya andai kata kita panjangkan ikatan ukhuwah di alam maya ini dgn perjumpaan di luar sana..mungkin bila tiba masanya..insyaAllah biar mata pula menjadi hakim atas percakapan dan perlakuan kita..huhu..

hari sabtu mahu ke kelantan..ada sesiapa di sana? spesifiknya mahu ke pasir mas dan rantau panjang..ada urusan keluarga..dan urusan cuci mata dan poket..haha..en.fika..kamu tinggal..hik2..tak2..gurau abg..nanti ditarik balik pelepasan perjalanan nangis pulak..huhu..

Tuesday, April 20, 2010

bila Allah belum makbulkan doa..

salam pagi selasa kawan2..semalam perak cuti..hari keputeraan..jadi aktiviti dari sabtu sampai isnin sgt padat..dan letih..tetapi tiada aktiviti dgn en.fika..beliau masih berkursus sehingga hujung minggu depan..

hidup kita kena banyak redha kan..hmm..pagi ini..ada tanda ' kawan baik' berkunjung tiba..selepas 12 hari melambatkan diri untuk datang..tetiba pagi nih..huh...

Ya Allah..tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedangkan tanah yang gersang sahaja bila Engkau kehendaki akan menjadi subur.

( Hadis Riwayat Ibnus Sunni )

kawan2..susahnya berkahwin dok jauh dan jadual kerja tidak sama..

aku bukan mengeluh..cuma..........

ayat tambahan :

msg kat en.fika..dia jawab :

ala..xper..kita cuba lagi yer..hati2 ye..

hati aku cam..tima kaseh abg..sll kuatkan semangat saya..luv u so much!

Saturday, April 17, 2010

kenapa hidup harus solat?

saalm pagi khamis kawan2..nak share dapat melalui email jabatan..utk panduan kita bersama..

KENAPA HIDUP HARUS SOLAT?

Sesungguhnya syariat solat yang diwajibkan adalah untuk kita menyedari bahawa terdapat '5 rintangan besar' yang hanya dapat dilepasi dengan bersolat.

Rintangan 1

Dunia dan isinya menawarkan segala kenikmatan dan kemewahan, kemiskinan juga membawa ke arah kekufuran. Cubaan hidup yang membelit manusia sering membuat mereka berpaling dari Allah, maka solat, adalah penyelamat daripada tipu daya dunia.

Rintangan 2

Kematian adalah pasti, manusia yang tidak solat adalah sukar mencegah perilaku kekejian dan kemungkaran dari dirinya. Perilaku maksiat adalah suatu bala petaka besar saat ajal mendatang. Manusia yang tidak solat, akan mengalami rasa sakit tidak terperi ketika roh terpisah dari jasadnya.

Rintangan 3

Kubur. Dalam gelap dan sempit, pertanyaan Mungkar dan Nakir yang diajukan tidak dapat dijawab, meskipun badan berkalang kapan fitnah dunia terus menujum dirinya. Ia menyumbang kepada rantaian catatan dosa-dosanya.

Rintangan 4

Padang Mahsyar. Manusia yang tidak solat akan merasakan ketakutan yang teramat sangat saat diiring ke Padang Mahsyar, berasa kelaparan dan kehausan tidak terkata dan sengatan panas mentari yang tidak tertahan.

Rintangan 5

Hari Perhitungan Amal. Solat menjadi ukuran utama, berat dan ringannya amal seseorang. Manusia yang rajin solat, laporan kebaikannya mengatasi laporan keburukannya. Amalan soleh lebih berat daripada kesalahannya. Maka, dia layak untuk memasuki Syurga Allah. Manakala manusia yang tidak solat, laporannya 'merah', amalan keburukannya mengatasi amalan solehnya, maka disudikanlah mereka ke neraka Allah.


Kesimpulan

Hidup di dunia wajib solat. Kerana istiqomah solat lima waktu dapat menyelamatkan manusia menghadapi '5 Rintangan Besar' tersebut. Yang pasti,tidak terpedaya dengan dunia dan seisinya, Sakaratulmaut dengan mudah, alam kubur dengan aman, Padang Mahsyar dilalui dengan lancar, serta timbangan kebajikan yang berat. Semua itu dapat dipersiapkan dengan taat melakukan solat lima waktu dalam kehidupan sehari-hari dan kunci utama keselamatan dunia mahupun di akhirat ialah dengan konsisten solat lima waktu.


p/s : bila terlepas waktu solat..kekangan waktu kerja jadi alasan..pokok pangkal nya hati..pesanan utk aku jugak yg masih banyak utuk memperbaiki kekuatan utk bersolat..

Friday, April 16, 2010

jom gelak sama2..hahaha..

A Polish man moved to the UK and married a British girl.


Although his English was far from perfect, they got along very well.

One day he rushed into a lawyer's office and asked him if he could arrange a divorce for him.

The lawyer said that getting a divorce would depend on the circumstances, and asked him the following questions:


Have you any grounds?

Yes, an acre and half and nice little home.



No, I mean what is the foundation of this case?

It made of concrete.



I don't think you understand.

Does either of you have a real grudge?

No, we have carport, and not need one.



I mean what are your relations like?

All my relations still in Poland.



Is there any infidelity in your marriage?

We have hi-fidelity stereo and good DVD player.



Does your wife beat you up?

No, I always up before her.



Is your wife a nagger?

No, she white.



Why do you want this divorce?

She going to kill me.



What makes you think that?

I got proof.



What kind of proof?

She going to poison me.

She buy a bottle at drugstore and put on shelf in bathroom.

I can read, and it say:

~~~Polish Remover~~~


p/s : ngok punya laki..ni la kata x paham bahasa..hik2..

8C Buat Suami Benci Isteri

masa lalu blog sue..jumpa en3 berguna nih..jom la kita baca dan renungkan..khas buat para isteri dan bakal isteri..sgt memberi pengetahuan dan buka mata..

aku kan dah berdamai ngan en.fika lps dia buat ayat lemak manis..hehe..so kat bawah nih cuba kita renung2 kot2 ada perangai kat bawah ni kita terbuat ke ek..

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..

p/s : aku sgt lemah dari segi cuai..sll tertinggal h/p buatkan en.fika mau bertukar jadi incredible hulk..huhu..ampun abg..

Thursday, April 15, 2010

kalau mahu keinsafan dan kesedaran..baca la..betulkah ORANG IKHLAS ITU selalu TERTINDAS?

BACALAH DARI HATI..

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata

seorang kakak berterus-terang.

"Mengapa?" balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa

bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran

yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak

ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"

Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

"Oh ramai encik."

"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.

Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

"Kakak, boleh saya bertanya?"

"Tanyalah encik." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka,
mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik. tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.

Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi

ini telah mendapat ganjaran." kata saya perlahan. Hampir berbisik.

"Maksud encik?"

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih

sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada

kakak anak-anak yang menjadi."

"Tidak pernah saya terfikir begitu encik."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri

dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you

give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.

Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."

"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"

"Maksud kakak?"


"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"

"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.

Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.

Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."

"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'

"Pasti ada! Insya-Allah."

"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas
kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"

"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."

"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"

"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."

"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

"Maksud encik?"

"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting. hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."

"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau ga ji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"


Giliran saya pula tersenyum.

"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.

Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja. pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back.

Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"

"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh
 llah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan

hanya kerana tidak dapat penghargaan."

"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."

"Kenapa?"

"Kita akan sakit jiwa!"

"Kenapa?"

"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala.

Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


"Tetapi Allah tidak berhenti memberi. " kata kakak itu perlahan.

"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan
terima kasih?"

"Ah, kita terlalu ego."


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan
hati oleh satu pertanyaan. orang ikhlas tertindas?

p/s : terima kasih Allah atas segala nikmat dan dugaan Mu..

perlu ker merajuk lama2?

owh..kawan2..kisah hari ini masih lagi berkisar tentang cerita majuk aku n en.fika..

aku teringin nak majuk lama2..huh..apa punya statement da..

betul la kan..2 hari lps..en.fika dah buat aku nangis..sakit hati..walau ada salahku jugak..tapi aku x mo berbaik cepat2...kejam eh..

en.fika biasanya kalau x puas ati tntg perangai atau perbuatan aku..akan macam marah kuat2 ( mksdnya secara tegas la..) pada masa itu shj..pastu malam 2 atau esoknya dah baik..mintak maaf dan macam x ada apa2 berlaku..

argh..x mo terima pujuk..( tolak tepi msg perdamaian en.fika..huhu..)

tapi hati hanyalah sekeras kek hangus..baling ke dinding walau pun x mampu pecahkan dinding tp tetap pecah berderai..aku sll macam cepat ngalah dan x marah dah bila en.fika cakap baik2..bila dia mintak maaf dan explain tindakan dia pada masa marah tersebut..tapi rase macam nak marah lagi..belum habis marah la..bole x?

 korang pulak harmoni ker macam mana? ( hurm..)

aku sedar dan faham, usia perkahwinan aku n en.fika yg baru cecah 4 bulan..masih dalam proses penyesuaian..masih banyak yg perlu disesuai padankan..huhu..macam teka silangkata pulak..

bila dikaji2..kami lahir pada bulan yg sama..jadi sedikit sebanyak..sifat dan sikap banyak yg sama..cuma aku perempuan dan dia lelaki..menjadikan aku degil versi aku..tapi dia keras kepala versi suami..ye lah..kan..huhu..

wahai kawan2 isteri dan bakal isteri semua..jom kita berazam ( terutama utk aku yg degil nih..) utk jadi seperti di bawah :

Sifat- Sifat Isteri Solehah

Adapun disenaraikan sifat-sifat isteri solehah di bawah jika seseorang isteri ataupun wanita itu kekurangan tidaklah dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki soleh itu ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri
dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya.

1. Mentaati Perintah Allah s.w.t dengan mengerjakan segala perintah suami dengan kehendak Allah s.w.t

2. Bersikap malu terhadap suami

3. Sentiasa melembutkan percakapan di hadapan suami ( trying my best! )

4. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata ( sikap degil dan suka melawan..aku akan buang jauh2 dalam zoo taiping..biar kena makan beruang..huhu..)

5. Berdiri tegak sebagai menghormati suami pulang dan pergi

6. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri apabila suami memerlukan

7. Memakai wangi-wangian di hadapan suami (bersolek)

8. Menghiaskan diri untuk suami

9. Tidak berhias dan memakai wangian semasa ketiadaan suami

10. Memelihara mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan suami

11. Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya

12. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami

13. Hendaklah bersyukur di atas segala yang disediakan suami

14. Sentiasa bersedia serta rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya

15. Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami

16. Tidak keluar dari rumah tanpa izin suami ( aku isteri yg banyak keje luar..setiap hari akan update suami..owh..)

ok lah..aku akan serahkan memo perdamaian pada en.fika..kepada kawan2 yg banyak bagi semangat di en3 ini..aku sangat2 hargai..sesungguhnya suami isteri yg ddk berjauhan kena banyak2 sabar..percaya, memahami dan bertolak ansur..aku mahu blaja jadi romantik dan lebih penyayang dari en.fika..

semoga Allah akan sentiasa limpahkan Nur Nya  ke dalah rumahtangga kami..Amin.

p/s : en.fika..saya..saya..saya..sayang abg jugak! wink2..

Wednesday, April 14, 2010

masih lagi tertanya2..

hari ni..bangun agak awal..mungkin kerana tido x berapa lena..masuk hari ni suda 6 hari lewat..( kawan2 paham kan..) ttp  semalam cek sendiri negatif..hmm..terus macam terlintas..en.fika jauh..

hari ini pagi2 aku sudah ke klinik kerajaan..mau cek sakit perut di sebelah kiri..sakit sangat..aku x rase ianya gastrik sbb aku tau gastrik rase pedih..tp ini rase sakit..doc ada bagi ubat..tapi aku pun macam tidak ada mood hendak makan ubat..

en.fika..saya mau kamu ada di cni sekarang..semalam kami bergado dalam sms..mmg la lidah lagi kan tergigit..tapi aku mmg tidak suka bergado dalam tepon..hal kecik jadi besar..punca nya sbb aku buat keje luar x gtau..aku yg bersalah ek..aku g buat keje ok..oh, susahnya nak jadi x degil...bila aku melawan..si suami pun tercabar dan naik angin..kesudahannya..ayat2 sudah tidak lagi manis dan kasih sayang dok jauh kat sudut hati paling dalam..tersimpan..kemas.

kawan2..susahnya bila kita berkahwin dan hidup berjauhan..aku rase macam sedih..pilu..dan macam lemah..huh..aku ngada2 ker? mungkin tidak semua dapat rezeki macam ini..

aku berharap...korang doa2 kan la semoga hari2 mendung akan cepat berlalu..

p/s : doc kata tunggu lagi seminggu utk sahkan pregnant atau tidak..ada harapan kah?

Tuesday, April 13, 2010

betul la..duit x bole beli masa..huhu..

salam pagi selasa kawan2..betul la kata korang kat en3 aku semalam..aku mmg bz sgt ar skang..hik2..dan..aku nak mintak tolong korang doakan aku macam nih..moga ryna n fika berjaya..huhu..ada la..nanti kalau ada berita baik..aku share okeh..n pagi ni aku dah nak gerak ke parit buntar..ada kes nak g teropong..huhu..

cite hujung minggu..cite hanimun mmg hutang lagi..x sempat jawab komen n x sempat jalan2 kat blog kawan2 seme..mintak maap dulu eh..macam ni la keje penyiasat ala2 insp gajet..hehe..ada masa sgt sibuk..ada mase.buat repot..curi blogging jap..hik2..

reminder..pada yg join en3 teka2 ini dan ini kat blog aku.sila la email alamat korang d cni..okeh..selagi x dapat seme alamat..aku x bole wat pengeposan..

dan pagi ni..apa yg sempat..kita share..apa personaliti korang eh..

Contoh:

12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir


1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.

- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.

- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.

- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.

- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.

- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.

- Mereka tidak suka bersendirian.

-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.

- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.

- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

- Mereka sangat popular dan idealistik.

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.

- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.

- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.

- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.

- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis

- Mereka adalah perintis.

- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).

- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.

- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.

- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.

- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.

- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.

- Mereka suka seni musik.

- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -

Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.

- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.

- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.

- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

- Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.

- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.

- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.

- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.

- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.

- Mereka sangat penyayang dan pemurah.

- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.

- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.

- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.


so korang golongan mana? aku di no 7..intelektual gtu..huhu..campur en.fika no 6..romantik..haha..aku la yg kurang berperasaan dalam hubungan kami eh..hik2..cinta aku cinta matematik..1 + 4 + 3 = i love u! bukan cinta materialistik okeh..haha..

tapi betul la..aku lebih pada realiti dan sistematik..hidup aku bukan la sistematik sangat tapi aku suka buat sesuatu bersistem dan bermatematik..haha..apa2 aje la ryna..

Monday, April 12, 2010

korang x cukup masa?

x mo cakap banyak la hari nih..

" JANGANLAH ENGKAU BERLENGAH - LENGAH LAGI APABILA SUDAH TIBA MASA UNTUK MELAKUKANNYA"

sekian..huhu..


Friday, April 09, 2010

ATIQAH SWEET GIVEAWAY


tadi jalan2 kat blog myafiza..jumpa contest yg berbunyi..

"Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com..JOM-JOM!"

korang, penganjur sediakan hadiah ini untuk 3 pemenang dan setiap pemenang akan menerima satu kotak yang mengandungi 9 biji coklat..BEST kan...

masih sempat lagi ni..contest ni akan berlangsung dari 6 MAC 2010 - 9 APRIL 2010..
 
jom...jom...jom...jom join contest..huhu..

Thursday, April 08, 2010

nama siapa yg bertuah? sila la email..

status pagi : dah makan kue tiaw sup tulang..sedap sgt n kenyang sgt..huhu..pagi2 dah makan banyak..korang dah sarapan? sarapan pntg tau..

jumpa gambar sup tulang kat cni..kt pada owner dia..

aku sgt bz ari ni..dah 2 hari jadi pegawai bertugas di gerik..hari ni pegawai bertugas di pejabat taiping pulak..sgt bz..ada banyak benda nak kena siapkan..bulan april aku dah kurang jalan2 ke blog kawan2..itu bukan kebiasaan aku..jadi kawan2 jgn ambik ati yer..nanti minggu depan aku akan kembali meronda okeh..aku kalau x mengomen kat en3 korang rase cam nak demam..haha..

oh..sebelum terlupa..pada semua kawan2 yg join teka2 utk en3 contest? yer..tempat mana paling romantik.. dan juga en3 2 all readers..sape nak souvenir.. bole tak tinggalkan email korang di ruangan komen atau email alamat korang kat email aku di aznirina@yahoo.com utk aku pos sesuatu..hik2..aku nak buat kebajikan sket..kecik nilainya beso hajatnya..x kisah la korang teka betul2 atau tipu2..hehe..asal nama korang ada di dalam ruangan komen tuh..sila la email okeh..

ok la..aku x bole berlama..esok aku ada perjalanan yg jauh utk ditempuh..so isnin kita jumpa yer..kekangan masa skang mmg mencemburui masa utk aku meronda-ronda di blog korang..

korang semua jaga diri okeh..

status t/hari : windu en.fika..kami akan jumpa balik slps en.fika habis kursus bomba plak sehingga 25hb april 2010..aku tinggalkan korang ngan gambo en.fika pakai topi bomba masa dia kursus semalam..kiut macam tupai..ark..hehehe..jgn marah abg..

en.fika di tgh2..

Wednesday, April 07, 2010

aku yg x dapat tido..

korang perasan tak jam kat atas kol baper? uih..kira sejarah la aku terbitkan en3 pada jam satu lebih pagi nih..haha..apa la yg dibuat ryna ni eh..

sbnrnya aku kena duty di gerik.pada hari selasa dan rabu..korang yg x penah datang mungkin x dak idea camane la tempatnya gerik ni eh..aku letih tp x dpt lelapkan mata..ni bukan kes windu en.fika okeh cuma beralih tmpt tido yg agak memeranjatkan..apa punya ayat da..( ayat2 di hening pagi..korang kena la pahm okeh..) tapi aku honestly tidak dapat bermastautin di gerik..sbb aku x nak lagi jauh dari en.fika..( alasan..hehe..bos, saya tidak mahu permanent di gerik ya..huhu..) bandarnya simple dan perjalanan dari taiping amat la hutan...maksud aku mmg pokok jer..kalau utk sekali sekala datang mgkin ok la..tapi gerik aku masih tidak biasa..( org gerik jg ambik ati tau..) tapi permandangan di tasik raban cantiknyer..dan yang sgt indah..adalah di tasik banding..

korang kalau nak g bercuti..utk tenangkan fikiran..hanimun lagi dan lagi..g la ke tasik banding..wallah..sgt mendamaikan..

korang mesti nak tau apa aku buat di gerik ni eh..macam ni la..pendekkan citer..korang penah x alami contoh kejadian seperti di bawah :

1) korang kena saman polis, mintak budi bicara kasi peluang..tapi polis 2 mintak 5 rgt ker..50 rgt ker..

atau

2) kawan sekerja korang g kursus naik bas..tapi claim milage..atau g kursus dok umah sdr atau kawan..tapi claim atas resit hotel

atau

3) tempat keje korang ada nak wat baik pulih atau ubahsuai, tapi yg dapat kontrak abg ipar bos korang..

so..kalau korang ada yg memusykilkan tntg prkara2 di atas atau yg relevan dengannya..sila la ngadu kat aku..haha..

jg gelak..aku siyes keh..

sebenarnya..aku rase ada baiknya kalau kita dapat guna ruang blog nih utk share tntg keje, life dan apa2 perkara yg dapat saling dapat bantu membantu kan..walau dari alam maya..tapi kemesraan 2 terasa..kan kawan2..huhu..

ok la..aku nak menidokan diri dulu..kalau x, sok ada org datang ngadu..aku ambik aduan sambil tido pulak..hik2..tadi en.fika kol..gtau dia da start kursus bomba..kena kawad hos.kawad sambil angkat hos yg guna nk sembur api 2..berat woo..tggu hujung bulan kita jumpa yer abg..saya urutkan
lenguh2nya..hik2..jgn muntah..kami suami isteri yg saling meng angau..huhu..

update terkini..hari ni sihat ttp slps makan malam..muntah2..ha..tanda kah? tunggu dan masih berdoa..hehe..

asta la vista bebeh..

Monday, April 05, 2010

bila sudah lama tidak bersiaran..

salam pagi isnin yg indah kawan2..cuaca di taiping pagi nih..tenang dan redup jer..aku nak cite panjang, tapi aku cite pendek dulu sbb pagi2 ni, sat lagi aku ada meeting okeh..

6 hari x masuk blog..windu seh korang seme..korang windu aku tak..hik2..aku cite pasai semalam dulu ar..semalam g majlis resepsi cik nad kat dewan majlis perbandaran taiping..( suami cik nad org tpg..)..baju cik nak nad lawa..dia tinggi macam model..huhu..aku x dapat ambik gambo sbb kamera rosak..gambo h/set jer..korang layan ar..

nasi dia sedap..nasi hujan panas kot nama nya..lauk dia pun sedap..tapi ada pedas sket..( ala..aku yg x kuat pedas..adik mira ok jer..huhu..)

ada cendol lagi..huhu..

dapat gift kiut..

aku n mama..pink kami..hehe..

ni la pengantinnya..sama cantik sama padan..aku suka kaler baju cik nad..menyerlah!

gambar dari jauh jer..biasa la pantin..mmg bz bila sesi bergambo..

pintu gerbang simple tapi sweet..sowi gambo x jelas..huhu..

nasib cik nad perasan aku..tapi cik nad gtau dia perasan memula adik mira..uh..adik mira lagi glamer dari kakak..hik2..

ok la..nanti sambung..meeting da nak start..da da..

Sunday, April 04, 2010

contest? yer..tempat mana paling romantik..

so kali ni..sempena EN.FIKA nak BALIK SOK..cite penuh di CNI..n sbb aku n en.fika nak g bercanda-canda..jadi aku tinggalkan korang ngan 1 contest simple..

antara aktiviti di bawah..yg mana paling romantik..utk aku n en.fika lakukan di pangkor nanti..karang komen tidak kurang 15 patah perkataan..dan tinggalkan saiz baju..aku nak kasi souvenir baju..bukan sorang 1, tapi yg paling kreatif dan inovatif..hehe..date tutup ahad 4hb april 2010..sbb aku akan beli seme saiz..tapi pemenangnya 1 jer tau..huhu..

(A) - JETSKI


(B) - BOAT TRIP



(C) - MELAWAT TEMPAT SEJARAH



(D) - TGK SUNSET



(E) - SNORKELING



(F) - MANDI LAUT



syarat2 tambahan :

1) tinggal karangan di ruangan komen..hik2..
2) tag 3 org utk join..wajib gtau diorg..aku akn g check tau..huhu..
3) doakan aku selamat g n selamat balik..huhu..( plg pntg..)

so..korang seme jaga diri baik2..n tgk2 kan blog aku..kalau ada sawang..tolong hembus2 eh..moga percutian kali ni akan memberi khabar gembira pada bulan hadapan..haha..