Friday, October 30, 2009

CERITA BABY MASUK ICU..

Al-kisahnya mmg aku nak citer 2 ari lps..tp luper..( biasa la bnyak mende dipikirin skrg nih.. ) so mlm hr yg aku hiv test 2..Mr Tunang pn dpt kol dr 1 of his bestest friend kat Tepen ni ar..nama Ikram. Dia gtau anak dia msk ICU Hospital Ipoh dah 2 minggu n alhamdulillah ari ni dpt kuar. So Mr Tunang pn ajak aku g umah kwn dia tu kat area Kamunting. Lps maghrib kami pun g la..Maser kami sampai diaorg anak beranak pun baru sampai dr Hospital Ipoh ngan ambulans. So aku dok2 dulu ar sbb xkan nak g terjah baby baru sampai kn..nanti tkt ade yg ngikut pulak kan..( pesan my mum la kan.. )

Lepas dalam setengah jam..aku pun g la ke bilik blkg..tgk baby ngah dilap2 oleh mak dia. aku pun berbual la ngan wife ikram ni..nama dia akma.

aku : berapa umur baby ni?
akma: 4 bulan.
aku : nape baby ni msk icu?
akma : baby ni anta g PENGASUH..pastu jatuh..koma..
aku : ha! ye ker..astaghfirullah al azim..( mengeluh pnjg aku )

aku pn tgk la baby tu..kat belakang kepala dia ader bekas kena operate. akma gtau yg baby 2 kena operate buang darah beku. pastu tempurung kepala terpaksa dikeluarkan..( ngeri kan.. ) lbh kurang dalam 3 4 bulan agi baru wat operation lagi sekali utk dimasukkan semula baby tu nyer tempurung kepala..mase mak dia lap2 tu..baby 2 nangis gak sket2 tp bunyi pn mcm serak2 jer..mata pn x fokus..kita tgk dia mcm tgh blur jer..mmg kesian kesian kesian sgt..

kalau korang tgk..menangis tgk baby 2..kesian gle..aku btl2 cam sebak tgk mak dia pun..pergh..x boleh tahan..sampai mak dia kata..kalau baby ni pergi pun dia redha..sbb x thn tgk baby 2 terseksa..aku tanya lg mcm maner leh jth..dia pn x pasti tp PENGASUH tu mgkin biarkan baby 2 dalam buaian berenjut pastu x monitor..walau baby 2 br 4 bulan..tp tubuh dia semangat..so kalau dia gerak2..mesti bole jatuh ke lantai..( btl kan kalau org lain jg anak kita xkan samer kalau ahli keluarga kita yg jaga kan..)

ntah la..aku pn x tau nak ckp aper..cuma mampu ckp sbr je la pada IKRAM N AKMA.. tp mmg bengang pd PENGASUH tu sbb dia mcm x ngaku..aku siap sound lagi kater suh saman je la PENGASUH tu..biar la bertanggungjawab sket..

IKRAM siap pesan lagi kat kami..kalau nanti ada anak..jgn anta kat pengasuh..kita anta pg sht..tiba2 dpt call dah jd mcm ni..apa perasaan korang kalau jd pd dr kita sndr? Nauzubillah..

SAMBUNG CITER PERKENALAN..


Dah la maser hari tu 28/10/08..ari Isnin aku kena pakai uniform..hehe..korg leh bygkan x mcm mana 1st nak blind date ni..jumpa pakai uniform..ada ke ptt? wei..bkn salah aku..dah dia dtg mengejut..aku terpaksa la mengejutkan dia dgn turun pakai uniform..nak salin baju kena balik umah plak la kan..hahah..kenangan lawak jer..tp aku mmg malu btl maser 2. ni la gambo 1st yg dia tangkap dn aku mcm nak sorok muka sbb rase pelik..ye la..sblm ni mana la terlibat ngan percintaan blind date ni kan..hahah..apa2 pn..dia kater aku aku 'cute' pakai uniform..huh..rase mcm spngnge bob ade ler..kui kui..

Thursday, October 29, 2009

ULANG TAHUN PERKENALAN KAMI..

Hari ini..genap ler setahun aku ngan mr tunang kenal..tp disebbkan kami banyak persamaan n banyak2 perbezaan..jd mgkin dah jodoh pun..perkenalan yg singkat 2..berjaya gak la sampai tahap skrg ni..Alhamdulillah..( thank God that i finally found u my dear..)

Masa aku memula nak kenal mmg lawak sbb 4 5 ari sblm dia dah sebok3 tepon aku tp maser 2 aku jual mahal lagi..( nsb dia x pts hrpn.hehe ) ni hasil drpd penjanaan kawan pejabat aku la..yg kecian kat aku sbb frust frust..frust ker? ( bkn frust la tp lbh pd sedih..sbb..ala..nak kena ingat balik ke?citer je ler kn.. ni aku citer sekali harung je ler.. ) ada 1 mamat yg sengal giler ni ayat aku power2..siap aku dah canang kat parents..tup2 dia kater kena kawen atas pilihan mak dia..eeee..tlg lah! nak muntah aku setiap kali aku ingat pasal tu..zaman serba moden ni ader lagi lelaki yg ntah la..nampak sgt menipu n tak ikhlas kan..tp xpelah..mama aku pun dah pesan ..kita hidup ni buat baik pun Allah balas..buat jahat pun Allah balas kan..aku kategorikan mamat 2 sbg menganiaya aku ler yg naif sgguh dalam hal ati dan perasaan sbb aku x suka tipu2 n pusing2..buat fenin jer kan..pergh! mcm 2 la..mls cite pnjg n ingat lg pada mamat tooott 2..

tamat la dah citer bengang aku pada mamat yg aku x akan maafkan dia lagi buat masa ni.aku x benci tp meluat ! ( samer ker...uih..lantak la! ada aku kisah?huhu.. )

dah2..terpngjg lak story silam aku yg kelat2 peria tu..nak kena telan gak kalau mama dah masak kan..so aku smbg blk citer yg hepi ket la psl memori daun pisang aku n mr tunang ku..

lps 2 3 ari dia calling2 aku n ayat2 ket..so aku pun stj nak jmpa dia tp dai kena dtg taiping kalau dia bersungguh la sbb aku maser 2 mmg serik gak la..tp kira diri rase dah sedia nak settledown tp x jumpa lelaki yg btl2 ikhlas pd soal kehidupan ni..

so pada 29 OKTOBER 2008, aku pun jumpa dia kat cafe bawah tempah aku keje n jumpa la dia..maser 2 aku malu la sesangat..ckp pn x pandang ( hehe..tah hapa hapa kn..) tp aku tgk mr tunang ni cool jer..lps makan t/hari dia pun balik ipoh n sempat pesan keep in touch..

abis dulu mcm 2 la citer permulaannya detik perkenalan aku n mr tunang..nanti smbg lagi..

Wednesday, October 28, 2009

PELANGI SELEPAS HUJAN..

Pertama kali aku jejak bumi Taiping ni..kira2 2 thn lepas..mcm blur gak..tp semakin lamer aku makin jatuh cinta pd pekan kecik Taiping nih...percaya la ckp aku kwn2 ( hehe..jgn x caya..) taiping ni aman n damai..( yelah..ramai org gelar bandar pesara..) tp aku suka jer..td lepas hujan..maser kat jln tetiba nampak pelangi..lame seh x nampak pelangi..huhu..so enjoy viewing la..










NON - REACTIVE

Alhamdulillah sgt..sbb dah lepas HIV Test..yelah..suspen gak doc tu gtau leh gak terkena dr terkena luka org ade HIV atau pemindahan drh sbb kita ada mengalami hal mcm tu tp x perasan kan..so dah leh proceed ke next step..tggu borg dari sebelah Mr Tunang siap ari ni n insyaAllah sok dah bole anta ke Pej Agama Tpg..hoyey2..







p/s : berdebar jer nak kena cucuk..rupanya mcm kena stapler jer..hehehe..tak tak..mcm kena gigit semut jer..sengal jap pastu ok..( maklum la sy tkt jarum..huhu )

semalam g seminar..

Semalam..g seminar Keganasan terhadap Wanita dan Kanak-kanak dan Undang2 berkaitannya..
Al - kisah mmg bnyk dpt info..dpt goody beg lagi..ada la brg2 kat bawah ni..( huahua..)



pamplet tntg aksi2 ganas trhdp wanita & kanak2.. ( jahat nyer lelaki2 yg buat ni..)






fail rumah nur ( persatuan yg beri info & perlindungan kepada mangsa berkaitan.. )


Seminar ni dari pg sampai t/hari jer..tp ramai la org ramai n students dtg..aku rase wajar la agar seminar semacam ini diteruskan lagi pada maser akan dtg spy wanita & kanak2 yg teraniaya..dpt panduan dan perlindungan..( sll ayat aku mcm nak bg ceramah kan..haha..tp aku series tau dgn ayat2 aku.. )

Monday, October 26, 2009

taraa..baju nikah ku..





alhamdulillah..dah siap baju nikah ku..aku wat fesyen baju kurung moden.tudung pun dah beli..tp kasut tak beli agi..kira puas ati la jahitannya..dah test pun..hahah..ok..ngam..


balik dari kl..

kawan2 nampak tak huruf beso IPOH tu? Huhu..sempat aku rakam maser balik dari KL semalam dgn Mr Tunang..bangga seh dia dgn tulisan tu..aku selalu kutuk sbb dia kata IPOHOLLYWOOD..hehe..ade kaitan ker? dah lamer x jumpa..rindu..mr tunang balik kali ni cuti seminggu utk setel hal borang yg tertangguh..Semoga Allah permudahkan..x sabar nak dapat kebenaran berkahwin..hahah..gatai na..



tgh mandu ngan macho kunun..hahah..




air terjun nampak dari jauh..( luper apa nama air terjun nih..)



jauh perjalanan kami..



Adakah cinta memerlukan sebab?

MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.

entri senyum2 pg isnin..

mak tikus tgh urut pak tikus..huhu..


Before marriage.....

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!

After marriage....
Simply read from bottom to top.

p/s : mr tunang..dun dun dun..hahah..

kisah kad kawen..

baru ni ade bace 1 artikel tntg kad kawen..korang baca n pk2 kan..tp aku nyer dah terbuat. pastu harapannya agar kad kawenku tidak di tong sampahkan ajer lepas kenduri..terjamin ker? hmm...

Hanya untuk makluman bersama, juga boleh lah di war-warkan kepada kawan-kawan atau pun saudara se islam. Pagi semalam mendengar tazkirah di RMKL, mungkin ada di antara you all dengar juga. Ianya berkaitan dengan kad-kad jemputan. Yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apa pun. Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang ini. Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut, jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab or jawi.. Tulislah dalam bahasa rumi. Sebabnya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah allah dan dzat-dzatnya. Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan al-quran. Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah. Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah allah itu sama dengan kita membuang al quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah allah. Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama. Wallah hu alam.

P/S: Kekadang perkara yg kecil2 ni kita x perasan walhal impaknya amat besar

kisah kuala ke beruas..

Ni ISTANA KUNING kat KUALA KANGSAR..cantik tp maser g takleh masuk.tak bukak..huhu...kalau dtg kuala g la singgah..tambah pengetahuan pasal Raja2 Melayu Perak..







Rumah Antik ni ader kat BERUAS..g la tgk..mmg kagum hasil seninyer..dibuat sepenuhnya dengan tangan..dari ukiran..anyaman atap n juga dinding..





jom g rewang2..

me n adik mira..( aku pggl dia adik laura..suka ajuk citer indon apik abu n laura..hehe.. )


me n kcik..


aku ngah panas..


gud monday frenz...citer nyer sabtu 2 aku pun wat rombongan cik ani ( nama mak aku ler..hehe.. ) ngan abah n adik2 g ke ikea..huh..g sabtu phm2 ar..org mmg ramai..hajat ati mmg nak beli 'some things'..tp nak byr lemah la..kena q..so tangguh dulu ar..tp sale mmg best..dan utk pengantin baru..nak dpt inspirasi hias hall ke..dapur ker.. bilik tido ker..mmg syok tgk idea kat ikea ni..boleh pakai la..huhu..

Thursday, October 22, 2009

kisah di kebun durian..

huhu..td nak balik kl..tp sblm balik sempat singgah kebun durian member kat beruas..mmg syok..enjoy ler tgk gambo2 yer kwn2..n jumpa isnin la coz balik kl mgkin x sempat update blog..sbb blm blk g mama nak plan ajak g saner cni..heheh..

ni lah kebun deroyannyer..tgh musim seh..mmg jakun la aku..huhu..


ada bunga cantik tepi sungai..


ada pokok cempedak byk..dan buah lebat2..


ada pokok salak..dap woo..


korang boleh bygkan x betapa best nyer kebun ni sbb pokoknya rendah tp buah2 nyer lebat2..aku yg x pendek (x la pendek ngat..hehe..) ni pun bole selambe jer ambik gambo dr jarak dkt..dasyat x?heheh..






aku lagi..dgn baju kurung keje aku redah..dah x plan..tetiba jer..nasib ar kan..