Friday, January 28, 2011

perkembangan atau pengembangan terkini? haha...

ni tudung peberet aku sbb muka cam nampak panjang sket padahalnya..muka? bulat..badan? bulat..kaki tangan? pun bulat..huhu..

hari rabu lepas..aku g check up rutin di Klinik Komuniti Tupai..macam biasa la..cek perut. kali ni cek urine je abb minggu ni x dak ambik darah..2 minggu lagi pulak.. berat? korang jgn terkejut sbb aku la yg terkejut2..huhu..jgn x percaya..dah 73kg..so agak2 korang..nak sampai masa bersalin nanti..bole cecah berapa? x mo la sampai 80 kg..rase cam biar betik..huhu..

nurse cakap kaki kanan ada bengkak sket..mungkin duduk atau berjalan banyak..dan nasihatnya..bila tidur..kaki alas tinggi sket..ok, aku akan follow all d advices..tp mmg skang tido pun jadi semain x lena..rase2 ada paling kurang 3 kali bangun buang air..so bila dah bangun, nak tido balik mmg agak payah kan..

perkembangan baby? alhamdulillah sihat..jantungnya berdegup normal..panjangnya lebih kurang 34 cm..kepalanya ada di bawah..di tempat yg betul..kaki dan tangan aku dapat rase kat bawah rusuk nih..nak tunduk sgt pun x boleh, dan bila kena tendang..wah..mmg terasa..anak mama nih mmg aktif dan lasak yer..

lepas scan 4d hari tu..sll jer tgk gambo baby..siap frame kan..nanti bila dia dah beso..leh tunjuk kan..wat kenangan..huhu..

aku ada baca tntg minggu 33 - 36 perkembangan baby di internet..bole share ngan korang apa jadi kat budak tecit dalam perut nih kan..

Minggu ke-33

bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

* aku memang cepat penat minggu ini..rasenya produktiviti pun turun..alasan aku..permbawakkan..haha..mama aku kata ini bukan salah baby..tp salah ibu mengandung..hehe..betul lah tu..

minggu depan..baru masuk 34 minggu..pastu 35..pastu 36 minggu..dah cukup 9 bulan..Allahuakbar..memang berdebar..macam2 rase ada..keperluan baby sedikit sebanyak dah sedia..tp yg ibu belum lagi..mahu tggu sampai 9 bulan jugak..huhu..*

Minggu ke-34

kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35

akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja..

minggu ke-36

sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Sentiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

P/S: korang doakan semuanya selamat yer..nanti kita share pasai nama pulak okeh..sbb ada citer lawak en.fika bab pilih nama..huhu..

Thursday, January 27, 2011

entry ISTIMEWA untuk Atiqah Adnan dan seangkatan..entry MOTIVASI..

singgah kat blog atiqah adnan..baca en3 ni..berkaitan ngan pengalaman detik tahu mengandung..wah..mmg menarik tajuk nih..so aku pun nak share beberapa detik masa sebelum mengandung..apa tanda2nya yer..

OH, aku sekarang tgh tggu dalam sebulan lebih lagi..ha..lagi beberapa minggu ek..huhu..macam baru jer citer kat korang pasai berita gembira akan jadi mama ek..

ok2..kita teruskan penceritaan..masa pertama sekali dapat tahu pregnant..aku ada tulih dalam kisah kat cni..masa 2..hanya Allah yang Maha Mengerahui betapa bercampur baurnya perasaan aku..

lps pregnancy tester 2 ada dua line..pegi pulak klinik swasta..sah kan lagi..tapi..ada dugaannya..ada tompok darah di...S.D..

kisahnya kat cni n cni..masa 2 punya la takut..hanya Allah sahaja yang tahu..pegi lagi ke klinik swasta untuk cek apa yg patut..Alhamdulillah, bila dah stabil dan selamat..perasaan takut jadi teruja yg amat sgt..huhu..bila dah confirm 100% mengandung..kena la wat g buku merah / pink kat hospital kerajaan supaya kalau apa2, sng nak pantau kan..kat hospital swasta pun boleh, ikut kemampuan dan pandangan masing2..aku ada wat en3 nya di cni..korang g la baca..sbb pannnnjaaang kisahnya..hehe..

sebenarnya..kisah aku pregnant nih BERMULA macam aku citer kat en3 nih..mungkin bole jadi panduan pada kawan2 yg sedang menunggu rezeki cahaya mata nih..nak lalui bukan senang, walau aku kira x la lama sgt..tapi saat2 nak lalui 2..org dok asyik tanya dah ada isi ker? bila lagi? cepat2 la..Ya Allah..kadang2 tertekan sampai nangis..cuma selalu kuatkan semangat dan en.fika pun x henti2 pujuk supaya tidak stress sgt..sbb bila stress, lagi susah nak hamil sbb kitaran telur dah jadi x betul..tau..

FAHAM SANGAT PERASAAN MENUNGGU TU..

rasenya..cukupla en3 - en3 yg ada untuk bacaan Atiqah Adnan n kawan2 seangkatan..

yg paling penting..berusaha..berdoa dan tawakkal tanpa jemu..jika dah ada tanda2..cepat2 confirmkan..beli jer tester banyak2..yg murah bawak RM 10.00 banyak kat watson n guardian..mana tahu..satu hari itu adalah hari bermulanya kisah gembira dalam hidup kita kan..

SELAMAT BERJAYA!

p/s : Qah..kalau dah ada berita gembira..TAHNIAH, tp kalau belum..x mo putus asa okeh!

korang pakai set bersalin apa?

pejam celik pejam celik.. dah nak masuk 33 minggu dah..kalau rezeki baby kuar awai..38 minggu ker..maksud ada lagi 5 minggu..oh..cepat sggh masa berlalu ek..

risau? mmg ada gak risau..lagi2 bila dgr pengalaman kawan2 yg agak seram..huhu..so, minggu ni macam nak survey la apa set bersalin yg ok dan lengkap..korang ada cadangan?

mak aku suh p beli set bersalin nih..


Set Bersalin Jamu Mak Dara dikenali sebagai Set Bersalin Ibu Halimah yg diwarisi turun temurun dari keluarga beliau kini diperkenalkan kepada umum. Mengandungi 8 produk yang merupakan Set Lengkap untuk ibu dalam pantang selama 44 hari.

yang dah ada pengalaman set bersalin atau jamu per yg korang ambik eh?

Terdapat lapan barang iaitu :

1. Rempah mandi
2. Tungku kukus,
3. Losyen param Ibu Halimah
4. Bedak sejuk,
5. Pilis,
6. Jamu Mak Dara Serbuk ( 1 Kotak )
7. Jamu Mak Dara Kapsul (2 botol)
8. Bengkung 

Tuesday, January 18, 2011

eksklusif! dah g scan 4g..huhu.

salam hari selasa kawan2..mau update laju2..sgt bz..ni sat g nak p ipoh..meeting..biasala kan..dah koje gomen..tiap2 bulan ada sajo nak bebel..huk2..

mau tunjuk gambo g scan 4d di colombia hospital taiping..caj nya ok..RM85.00 dapat tgk jantina baby..yeyeh..dan baby mmg sgt aktif di dalam perut mamanya..huhu..

sgt puas hati...lebih kurang 31 minggu...akhirnya nampak clear ehem2 dia....hehe...dia adalah..boy!

akhirnya aku tahu jua gender baby...insyaAllah confirm la kan..huhu..papa baby, bila dapat tau..masih teringat senyumannya bila dengar doc gtau..suka la tuh..nak jadi kawan main bola katanya..hmm..ye lah.. Alhamdulillah...baby aku ok semuanya....doktor 2 tunjuk satu persatu dr otak sampai jari kaki tangan..doc pun sgt baik dan peramah..

korang tau apa yg paling terharu? bila dpt tgk muka baby...ya Allah....comelnye...tambah2 bila masa gerak2 tangan ngan kaki, mmg nampak..rase macam sebaknya...air mata pun cam nak ngalir jer..terharu sgt..

so..korang tgk dulu la gambo budak tecit nih..nanti balik karang2 aku singgah lama  korang pulak ek..

nampak x pistolnya..kat bawah tgh2..nampak macam yg tegak2 tuh..hehe..

comel tak? muka cam aku doc kata..tgk tangannya tuh..

mata dia tutup jer..dok dalam air la katakan..huhu..

ok la..cau cin cau dulu..korang take care ya!



Wednesday, January 12, 2011

saya ada masalah kewanitaan..kaum lelaki sila pejam mata okeh..huhu..

oh, lega..perbicaraan di mahkamah yg sepatutnya dari hari ni ke hari jumaat ditangguhkan..hilang satu stress aku..dah boyot2 turun naik tangga bawak beg isi fail kes..berat woo..nasib ada kawan pejabat bantu tlg usung..huhu..tp ada satu lagi hal..aku alami dalam 2 3 hari kebelakangan ni..iaitu masalah keputihan..

kawan pejabat kata, ia adalah normal semasa hamil..dan kalau stress banyak kerja pun bole terjadi..tp aku ttp bimbang..kawan2 ada pernah alami x?

info di bawah saya baca dari internet..

Adakah anda perasan yang anda mempunyai lelehan faraj yang berlebihan semasa hamil?
Jangan bimbang, keadaan ini adalah normal. ( aku takut..pernah alami tp kali ni pengeluarannya agak banyak..)

Lelehan faraj normal atau vaginal discharge akan kelihatan agak keputihan, tidak berbau atau sedikit berbau. Walaupun ia mengalir dengan kuantiti yang lebih banyak semasa hamil, ia kelihatan seperti lelehan yang keluar beberapa hari sebelum anda datang haid. Hormon estrogen yang banyak dikeluarkan oleh uri dan bertambahnya aliran darah disekitar faraj adalah punca kepada fenomena ini.

Anda akan dapati ia akan bertambah dengan banyak sepanjang kehamilan anda. Pada saat-saat akhir kehamilan, anda mungkin akan mengeluarkan plug mukus yang tebal yang membawa isyarat yang kelahiran sudah dekat.

Apa yang perlu saya buat?

Anda boleh gunakan pantiliner sekiranya ia terlalu banyak dan anda merasa selesa. Pastikan kawasan faraj bersih, gunakan alat pencuci yang sesuai dan sapu kering dari depan kebelakang.

Jangan gunakan:
  • Tampoon
  • Sabun yang berbau harum
  • Pad yang harum
  • Kertas tandas
  • Douching
  • Seluar ketat

Adakah saya mengalami jangitan faraj?

Sekiranya lelehan bertukar warna atau tekstur, atau anda mengalami kemerahan, kekeringan atau kegatalan, kemungkinan anda mengalami jangkitan. Keputihan yang berupa seperti keju mungkin menunjukkan anda mengalami jangkitan kulat. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya anda fikir yang anda mengalami jangkitan faraj.

sumber : cni

ada baca jugak..Cara mengatasinya sebenarnya agak mudah.

1.  Ambil yogurt – tak kiralah, minuman yogurt atau yogurt berbagai perisa yang ditawarkan dipasaran. Mengambil yogurt sebenarnya membantu ibu hamil mengatasi masalah keputihan kerana “bakteria baik” yang terdapat didalam yogurt dapat membantu mengurangkan masalah keputihan yang anda alami, mengimbangi bakteria asal yang terdapat di vagina dan menghalang fungus dari merebak.

Oleh kerana yogurt dibuat dari susu maka ia kaya dengan kalsium dan protein. Selain dari itu, yogurt juga sebenarnya membantu menguatkan sistem imunisasi badan.

2. Pakai panty liner – ini untuk membantu vagina anda agar sentiasa kering dan jika terdapat keputihan, ia akan meresap kedalam panty liner. Oh ya, sebaik-baiknya panty liner ditukar sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

p/s : petang nih mau p buat rutin cek utk perut..kalau kasi tau doktor..dia cek camane ek..takut la..


mud : sibuk plus rindu..

masuk pertengahan bulan januari 2011..semakin sibuk..lagi2 minggu nih sgt sibuk..sempat jengah kejap2 jer korang nya laman..bz keje lagi..bz rindu en.fika lagi..hehe..budak tecit dalam perut NI insyaAllah aktif dan sihat manjang..tido aku pun x berapa lena sbb budak tecit nih mmg kuat main..bila siang2 pulak..kuat makan..perasaan? sgt bahagia..huhu..

oh, mahu sampaikan nota rindu pada en.fika yg balik jumaat nih..

abg..


you will forever be loved and never forgotten. You will always have my heart no matter how far from me you are.

from taiping WIF LUV..
ur 'cutey' wife..

uhuk2..aku rindu en.fika la..korang paham kan..huhu..


Tuesday, January 11, 2011

sebuah kehilangan..

nak masuk maghrib semalam..dapat berita sedih yg nenek kepada bf kakcik ( jai ) meninggal dunia..sakit tua..sakit pun dah lama..tapi yg paling terasa ialah jai sebab bela dia dari kecik..dah macam mak pun..dapat tahu semasa jai sedang memandu menuju ke hospital..means pada saat2 terakhir x sempat jumpa..

br cerita ari tu pasai ura2 kakcik ngan jai nak bertunang hjg tahun nih..mungkin semua ini ada hikmahnya..

teresak-esak jai menangis bila mak aku call dan tenangkan hatinya..aku yg mendengar pun tak boleh tahan air mata..

jai..

tabahkan hati..yg pergi kan ttp pergi..al fatihah untuk arwah dan moga ditempatkan bersama orang2 beriman dan solehah..Amin..


Thursday, January 06, 2011

doa dari seorang isteri..

 hari ni emosi..bukan apa..tetiba rase rindu pada en.fika sgt terasa..selama ini pun, xde la aku mengeluh besar kerana rezeki aku dan en.fika yg menjalani kehidupan suami isteri jarak jauh..cuma...ntah mengapa..hari ini..betul2 mahukan en.fika berada di sisi..

apa yg mampu aku lakukan..berdoa dan berdoa..semoga Allah mendengar doaku ini..ada jumpa satu doa di internet yg sgt menyentuh hati..rase makin sayu..bila en.fika pun hanya mampu memujuk di telefon..

 Ya Allah

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan ke arah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya

Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah 

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku… 

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati


Amin Ya Rabbi Allamin..

 
 
 

Wednesday, January 05, 2011

ADA PETUA PELIK? jom share..

wahai bakal ibu dan kaum isteri..juga kaum gadis yg ingin tambahkan pengetahuan..jom kita sama2 jadi ibu yg berilmu..mana yg baik dan boleh diamalkan..jom kita buat..mana yg rase x masuk dek akal atau was2 nak buat..x yah buat okeh..huhu..

kali ni nak share pasal tips untuk mudahkan bersalin..oh, nak cite jap, sekarang ni aku alami simptom macam 3 bulan pertama pregnant dulu..bila makan jer..rase loya ngan nak muntah..ada kalanya sampai muntah..pastu mmg rase x cergas..oh, tidak..jgn la bermalas2..huhu..wahai ibu2..korang2 ada alami x?

memula..jom cite pasal petua sebelum bersalin..masa tgh kendong budak tecit dalam perut nih..
PETUA SEBELUM BERSALIN
1) Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah.
2) Elakkan ‘melompat’ dari katil selepas bangun tidur. ( memula x biasa..lama2 cam beringat..hehe..)

3) Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.( ambik pil sng..huhu..)
4) Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut.
5) Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.( buah peach sedap eh..tp sejak pregnant, mmg x penah makan sampai usia kandungan 7 bulan lebih nih..)
ha..pastu..sebelum korang baca petua mudah bersalin..jgn gelak2 eh petua2 yg aku jumpa nih sbb mgkin ada yg macam kelakar..kepada kaum suami dan bakal..korang jgn senyum2 kambing okeh..huhu..
PETUA MUDAH BERSALIN
1) Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak (santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh.
2) Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.
3) jgn byk tido atau malas2.. bykkan berjalan..

4) jgn byk menjerit atau mengerang dlm labour..tenaga byk habis.. kalau tenaga kurang...nak push baby pon lambat ahh..
5) hisap hujung rambut masa mandi..org tua2 kata mudah bersalin
6) minum air @ minyak selusuh..
minyak kelapa (letak kat hujung lidah) stat dr ngandung 5 bulan..minyak tu kan licin ciri2nya..so baby senang kluar
7) setiap kali lepas sembahyang berdoa la agar dipermudahkn bersalin.. selain kena rajin buat sembahyang hajat
8) minggu2 terakhir banyak makan kacang bendi....kan kacang tu banyak lendir. jadi..baby tu meluncur laju aje kuar nanti.
10) ada dgr org kata,nak mudah bersalin,minggu2 akhir tu, kerapkan bersama.
sbb dlm air suami tu,ada cecair..yg buatkan sng nak bersalin.
11) slalu amalkan baca 'laa ilaa ha illa anta kuntu mina zholimin' sambil gosok perut...bila time nk bersalin x sempat doc sambut pun trus bby kuar
12) lg satu,nak senang bersalin,amalkan baca 2 baris ayat surah yassin yg terakhir tu...
13) Minum air cincau lepas 7 bln pregnant
14) Bykkan berjalan
15) Elakkan bergaduh ngan suami

16) Sementara nak tggu "jalan" buka smp 10cm baca doa taubah ni diselangkan dgn selawat.
17) kalau dah masuk 7 bulan sampai nak bersalin..minum dalam cawan/mug/kole yang besar2 n makan dalam pinggan yg besar supaya nak bersalin nanti baby nak kuar pun 'jalan' dia besar n senang....

wallahualam..

p/s : aku ada lagi 2 bulan insyaAllah..

Tuesday, January 04, 2011

bila ada yg melamar..

adikku kakcik nih..



gtau beberapa hari lepas..sudah mahu mengikat kasih..wah, kami sekeluarga hepi sungguh..sbb kakcik nih cam liat sket nak settle down..yelah, walau umur muda lagi..25 tahun, tapi kalau dah ok..baik jgn tangguh perkara baik kan..

oh, plannya nak tunang hujung tahun..dan nikah pada bulan 6 tahun 2012..lambat lagi..tp bila dah ada ura2..kakak nya ni pun berangan la..dah sediakan bajet2 apa yg ptt..kira merancang dari sekarang..apa salahnya kan..mana lah tahu..pintu hati kakcik tergerak awal untuk disatukan..Alhamdulillah kan..

pasangannya? org pahang jugak..tp family nya dah mastautin di kl..ok la tu kan..nanti kalau ada jodoh..pastu sampai pencen..balik pahang la korang..huhu..

mungkin nanti lps bersalin..leh wat en3 pasai persiapan tunang n kawen kakcik pulak..mana tau ada idea kawen yg boleh dikongsi kan..

nanti nak jenguk lah blog2 mantan pengantin..ada idea menarik..aku mintak izin adaptasi untuk majlis kakcik yer..huhu..


Monday, January 03, 2011

nama anak..teruja nya..

mula2..nak cite dah g beli baju budak tecit dalam perut ni minggu lps..so..tgk gambo la..aku beli sket2 dulu..barang mandian x mo beli awal2..bole basi ker..hik2..

tuala ngan selimut..

sarung tgn n kaki..

lampin nak wat bedung..

topi.kiut kan..murah jer..suka2..

baju baru beli dalam 8 pasang..nanti tambah lagi ek sbb baby kan cepat beso..huhu..

bila makin dekat..( ada berbulan lagi pun..hehe..) nak dapat cahayamata..soal pilih nama mmg excited kan..bagi aku n en.fika..xde masalah selisih pendapat sbb en.fika dia on ajer pada pandangan dan pilihan aku..huhu..tq abg..

aku bercadang mau buat contest ker g.a ker utk pilih nama utk cahaya mata pertama nih..mungkin pemilihan berdasarkan  yg paling ringkas..mau ada 2 perkataan sahaja..yg paling indah makna dan paling menarik sebutannya..dan salah satu kriterianya perkataan pertama mula ngan A dan perkataan kedua mula ngan Z..( sempena aku n en.fika la tuh..hehe..)

aku sgt gembira share pasal nih ngan korang..maklumlah dari sebelum kawen..sampai dah selamat jadi suami isteri dan sehingga disahkan pregnant..xde satu pun yg tertinggal share ngan korang..so rezeki anak ni pun apa salahnya kongsi gembira di sini kan..

mungkin bulan 1 ni sesuai kot..tp aku x confirm lg jantina sbb ikut last scanning, baby kaki silang la anty2 n uncle2..so insyaAllah tgh bulan atau hjg bulan nak g scan 4d ngan en.fika..atau tgk bila sesuai yg sesuai..

apa2 pun..korang nak tolong aku tak cari nama utk baby ni kan? nanti baby ramai mama n papa angkat..huhu..

Saturday, January 01, 2011

PERINGATAN!

untuk langkah2 keselamatan dan kebahagiaan..hikhik..korang patut amalkan seperti di bawah..



bukan takut..tp bila ada yg mengganggu..bole ABAIKAN saje! huhu..

p/s : SELAMAT TAHUN 2011..