pagi nih..selsema dtg menyerang..tp masih terkawal..
oh, cepatnya waktu berlalu..dah masuk hari jumaat..minggu depan en.fika balik taiping..RINDU..RINDU..RINDUNYA..HUHU..tapi belum tiba masa baby utk keluar..aku target bulan mac la..due date 16 mac, mgkin terawal atau lambat ket ker kan..
cerita tntg nama, hari itu ingat mau buat satu contest utk cari nama..tapi..di dalam kepala telah ada idea nak bagi nama apa..tapi kalau2 korang bole kasi idea nama2 indah lain..en.fika nak letak muhammad kat depan..dan aku mahu anak ini huruf mula selepas itu ialah A dan perkataan ketiga ialah F..
tapi sebelum capai kata sepakat PASAI NAK BAGI NAMA NIH, ada ker patut en.fika nak kasi nama anaknya zulfikar junior? pastu macam2 nama pelik2 dan kelako2 dia cadangkan..apa la..mmg merajuk sat masa tu..hik hik..uih, main2 tau..
JADI..cadangannya, anak ini namanya Muhammad A... F.. bin Zulfikar..insyaAllah..ingat nak kasi nama pendek jer..tapi jadi 3 patah perkataan jugak..walhal nama papanya satu perkataan, mamaya pun satu perkataan..huhu..
hari rabu lepas..g check up..berat mamanya dah naik sampai 75 kg..masyaAllah..dah dekat 20 kg naiknya..korang jgn tiru i tau..huhu..Berat bayi sekarang dah capai 2.6 kilogram..berat tak? agak2 korang..nak bersalin nanti cecah 3kg x baby? Sekarang nih, mmg kadang2 aku dapat tgk siku, kaki atau tangannya menonjol dari perut apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut.
apa yang aku baca, tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen perut aku nih meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi di dalam perut nih akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran tapi anak en.fika nih aku tgk aktif jer siang malam..huhu..
Paling terasa bila nak solat..aku setakat ini masih mampu solat berdiri, tapi bila tiba bab sujud, mmg agak terasa agak sesak nafas. sebab dikatakan bahagian atas uterus nih telah naik dan mencecah tulang rusuk. aku dapat rase kaki anak en.fika nih macam dah buat port kat tulang rusuk nih, jadi x bole nak tunduk sangat..senak rasenya..pastu kerap kencing mmg menjadi2 sekarang..tapi air masak tetap tak boleh kurang cuma nasihatnya adalah baik jika ibu2 mengandung mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. mujurlah aku mmg tidak amal minum teh atau kopi sbb aku mmg tidak gemar..
oh, panjang en3 kali ini..last check up, semuanya alhamdulillah normal dan sihat, jantung baby pun degupnya normal dan tiada masalah berat yg aku hadapi..cuma kaki ada bengakak sket..banyak jalan..yelah, keje kan ke sana ke mari..
tinggal lagi lebih kurang 4 minggu..korang doakan semoga proses aku bersalin nanti dipermudahkan yer..mau tak risau kan..