
ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.
Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.
Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.
Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.
Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.
Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:
'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'
Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa:19)
Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.
Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.
p/s : lagi 9 hari ...aku sgt neves..
7 comments:
lagi sangat2 neves sebb langsung x tau sape pasangan hidup :(
sue..akan sampai mase nya nanti..sabar n tawakal okeh..tgk ryna..umur 30 baru jodoh yg baik utk rina sampai.. ( insyaAllah..) nanti bila tiba time sue..ryna plak bg sokongan n idea okeh..
ryna umur 30???
biar btul...u look so young. serius mcm 20an.
p/s: mintak petua pls?? pls??
heheee
jangan nebes.. nanti aku pun nebes.. ekekekke
bear sakit mate dari sakit hati...
renung²kan...
nad : hehe..ye ker nampak muda? ehem2..bila nak trn tpg nih..x sbr ryna nak belanje mee udang ngan char kue tiaw plg sdp kat cni..tambah kembang ryna dgr pujian nad..haha..mana ada petua..senyum kuat2 kot ( pandai jer ryna merapu..huhu..)
tedi : ko la yg wat aku nebes..haha..sbb ko coool manjang kn..huhu..
meniti senja : ryna setuju sgt..muka ensem atau lawa tp perangai buruk kalau dah x nak berubah..sendiri mau ingat la kan..tgk mcm ryna..muka masam2 manis strawberry tp baik ati..ok la kan..haha..( jgn muntah dik..huhu..)
Post a Comment