PERCUTIAN IDAMANKU DI CHERATING
Tarikh 12.12.2009 adalah tarikh keramat dan rahmat buat aku dan suami, ( en.fika ) apabila kami selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah..Alhamdulillah, perkenalan selama lebih kurang 6 bulan dan tempoh pertunangan juga selama 6 bulan telah membuka pintu hati masing-masing untuk bersama-sama berjanji setia mengharungi suka duka kehidupan sehingga ke hujung nyawa..
bercuti ke cherating adalah menjadi salah satu impian aku dan suami memandangkan selama tempoh perkahwinan kami selama 5 bulan lebih ini, perancangan bulan madu telah terbantut dek kerana suami yang telah dihantar berkursus oleh syarikatnya dari bulan Januari sehingga akhir bulan April..
alangkah indah dan manisnya sesi bulan madu kami andaikata diberi peluang memanjakan diri di sana..( kalau ada yg mahu sponsor..siapa tidak mahu bukan..)
sebut sahaja cherating..siapa yang tidak tahu..sudah terbayang pantainya yang cantik..dan kehidupan nelayan sekitar yang amat menerujakan..terletak lebih kurang 30 km selepas bandar kuantan menuju ke arah kemaman, terengganu..perjalanan yang akan dibuai oleh kampung-kampung nelayan yang tipikal dan kehidupan biasa-biasa kampung pasti meninggalkan satu kenangan yang manis kepada orang-orang yang melaluinya..
mood kahwin kami masih lagi hangat..apatah lagi jika dapat bersama-sama menghabiskan masa bersama-sama di tepi pantai.. dapat pula peluang menginap di IMPIANA CHERATING sambil menikmati matahari terbenam..alangkah asyiknya jikalau impian menjadi kenyataan....
kalau dapat peluang bercuti di cherating, planning percutian kami adalah seperti di bawah :
HARI PERTAMA :
8.00 pg - 11.00 pg : Bertolak dari Kuala Lumpur
11.00 pg - 1.00 ptg : Sampai di Kuantan. Pastu cari tempat isi perut dulu..huhu..
1.00 ptg - 2.00 ptg : Bergerak ke Cherating utk check in
2.00 ptg - 5.00 ptg : Berehat di bilik..solat dan rehat la kan..betul2kan urat pinggang..huhu..
5.00 ptg - 7.00 mlm : Jalan2 di pantai ( masa ni la nak buat akt lihat matahari terbenam dan acara romantik lain..hehe..)
7.00 mlm - 8.00 mlm : di bilik
8.00 mlm - 12.00 t/mlm : Mau rewang2 di bandar kuantan dan cari tmpt dinner
12.00 mlm - pagi : zzzzzz..
HARI KEDUA :
8.00 pg - 9.00 pg : sarapan
9.00 pg - 12.00 t/h : mau jalan2 di sekitar hotel dan kawasan pantai lagi..( tidak mau lepas peluang..) dan mau beli keropok lekor di kawasan kampung berdekatan utk dibawa pulang sebagai buah tangan..
12.00 t/h : check out - pulang...
begitulah perancangan percutian idaman aku dan suami di cherating..semoga kami diberi pertimbangan sewajarnya daripada pihak penganjur contest..huhu..mekacih ya!
korang tau ker naper aku tulih karangan jiwang lagi syahdu ni ha..hehe..
sebabnya, mana tau pihak penganjur contest iaitu :
mempertimbangkan karangan aku utk jadi pemenang untuk hadiah di bawah..
voucher penginapan bernilai RM 228.00..best kan..
so dapatla peluang aku n en.fika melalui hari2 indah di..
teruja tak? cantik kan..
so..kalau korang pun nak g bercuti2..korang bole la terjah Yusra Tours & Travel di cni untuk maklumat lanjut okeh..
dan..satu plg pntg..
Tarikh tutup peyertaan ialah pada 19 Mei 2010 jam 11.45 malam. Pemenang akan diumumkan pada 21Mei 2010.
wish me luck keh..muah korang..



12 comments:
hahaha bestnyeee siap ade jadual lagi dah...lehla pnjm jadual kak ryna
gud luck ya!
sila honeymoon puas-puas..
hehe.
salam fikaryna,
Jadual trip yg bgus..huhu..penyertaan anda diterima..ringkas & santai..sronok bace N3 ni..Moge berjaya..
gd luck...
=)
woow....nak ikut lah.dekat je ngn rumah pia tu..gi skodeng r...haha
lynn doakan ryna berjaya...tp macam singkat sangat la masa untuk honeymmon tu...kalau boleh tambah la sehari lagi ker...
alaaaa..sy nak join!tapi da tamat..baru pasan u punye entry psl contest ni..=(
good luck dear..nnti kalo menang..jgn lupa ai...ai dekat ni je tau...
best x tempat tuh? saya pun dpt baucer tuh..tp x berkesempatan utk pergi
goodluck! hehe
good luck!!!
huiyo! macam best je contest ni.
good luck ryna!
Post a Comment