Friday, June 25, 2010

KaWaN BaiK saya hilang..

untuk seorang kawan baik saya kat pahang..


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.


Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.


Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.


Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.


Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.


Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.


Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.


Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

kita kawan baik kan ...???

sumber : cni..

p/s : sebenarnya..mud aku sedih..tanpa kata..tanpa pesan..dia jadi senyap..kalau kawan baik aku itu baca en3 ini, andai ada yg tersalah kata telah melukakan hati dan perasaan tanpa disedari..ampun dan maaf dipinta dunia akhirat..

11 comments:

anna said...

hakikatnye, musuh sbnar kita adalah kwn yg pling rapat... percaye lahhhh...

Xora said...

kadang2 kita takde buat salah pun rina. cuma masa dan situasi yg menjarakkan kita dan kawan baik

Sheherazade said...

kwan dan sahabat byk perbezaan nya

PUAN THALHA : said...

apa kata ryna direct je tanya dia kenapa dia semakin menjarakkan diri? mungkin dia sibuk..

Anonymous said...

tanpa kte sedar,kdg2x kwn kte lah yg menjatuhkan kte

Anonymous said...

maybe kita jgn letakkan sebarang harapan untuk sesiapa.tkot kita akan keciwa di belakang hari.dan pada saya selagi kita ak melabelkan kwan baik, ia kan forever ok. dulu saya pon ada rasa camtu..so then, saya be fair utk saya dan sume, takde kwan baik individual..semua pon kawan baik..tkot ble kte ade sorg atau 2kwn baik ble jd ape2..sakitnye hati..

Nida n' Hanafi said...

kawan dimasa senang memang ramai.. tapi dimasa susah payah nak cari

Hana Faza-same person said...

jagalah hati orang yang boleh bersama kita walau hanya seketika..sb satu hari mungkin dia yang kta perlukan lagi

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku sokong cakap ko anna...
;)

Relevan said...

Siapakah kawan dari Pahang itu yerk?..

harzharun said...

dear....i lm x masuk sini sbb sgt bz...masuk2 je baca entry yg wat i sedey...i fhm ur feling...sbb i pun prnh rs...kdg2 mungkin kita juga silap...tlalu leka dgn hidup baru...sampai lupa kawan baik sendri...sedangkan dulu, kita kenal setiap hembusan nafas kawan baik kita tu..
masa berubah...kita juga sebenarnya sedang berubah..masing2 ada tanggung jawab sendri...mkin mningkat usia, tangung jawab tu makin berat...sbb tu kdg2 kita x sempat nak "macam dulu lg" dgn kawan baik kita...mcm xora kata, masa dan situasi yg mjarakkan kita...so, curi sedikit masa...cuba kontek kawan baik tu...dan jgn sesekali amik hati dgn dia ok...