Monday, October 05, 2009

langkah pertama...


aha!salam perkenalan buat semua..aku ni baru nak aww cak nak tulih2 dan share apa2 yg patut dalam blog ni.seronot tgk kwn2 out there yg corat coret perjalanan dan pengalaman msg2 untuk jd koleksi peribadi dn ada tips2 berguna utk kwn..







so..semuanya bermula pada tarikh 12 Jun 2009 di mana aku dengan rasminya bergelar mrs tunang kepada Mr Zulfikar. Perkenalan kami singkat, tetapi dah nak jodoh, kan..Aku masih ingat lagi aku diperkenalkan oleh kawan pejabatku dengan Mr Tunangku..Date 3 Nov 2008 aku dapat panggilan telefon menyatakan Mr Tunang yg pada maser tu memang tak kenal lagi rupanya datang dari Pahang untuk kenal dengan aku..Pergh..betul ke ni?hehe..

Jeng3..selepas jumpa..kenal dan terasa keserasiannya,aku dan Mr Tunangku mengambil keputusan untuk pergi ke satu langkah yang lebih serius..Apa yang uniknya tentang kami ialah kami sebaya dan lahir pada bulan yang sama cuma yang sangat membezakan kami ialah dia anak manja mak dan aku anak manja abah..huhu..nasibla..hahah..

sebagai panduan kepada kawan2 kat luar sana..untuk bertunang ni korang perlu highlight pada beberapa perkara penting ( ikut pengalaman aku yg x seberapa tu la..) huhu..:

PERTAMA

sama ada nak buat kecik atau besar atau buat yang wajib je la..bagi aku dan famili, apa yang memudahkan itulah yang aku buat.selagi tak buat majlis secara pelik, hehe..tapi yg penting adat2 ada yang boleh ikut, buat la tp ada yang aku tak buat tu, pandai2 la.ikut la kepada perbincangan antara kita dan bakal mr tunang supaya dia pun bole bincang dengan famili..kan.memandangkan aku ni org pahang yg keje kat perak maka aku rase leceh ar nak balik pahang utk buat persiapan.dah mak ayah aku pun dok kl sbb ayah aku keje kl, so sape nak ambik cuti banyak kali utk balik pahang setel hal bertunang aku?nehi3..mmg leceh kan..so..aku pun tanya baik2 kat mak aku yg aku nak buat kat perak jer memandangkan pihak lelaki pun di perak.part yg paling best mak ayah aku mmg sporting.so deorg dah setuju, maka pada tarikh 12 Jun 2009 alhamdulillah selamat berlangsung kenduri pertunangan aku dan mr tunangku.

pada kawan2 yg bakal nak tunang kalau nak tanya soalan, direct la kat email aku supaya aku boleh menjawab maner yg patut.aku ni suka share kalau bab2 planning ni..sbb zaman skrg kena bijak berbelanja.kan kan kan..

aku tempah makan kat katering.sbnrnya mak kwn pej aku tp dia mmg ambik tempahan dan masakannya mmg dap2..so aku tempah je ler.senang,ye dak?hehe.sbb biasala dah dok jauh dari parents ni..tak nak la susahkan diorang kan.nanti mak ayah adik beradik ngan sedara mare datang..datang bantu last minute je apa2 yg patut..datang makan je la kan..aku tempah makanan untuk 50 orang..nak aku share menu? bole..hehe..

menu kenduri tunang aku :

1) nasi putih

2)daging gulai

3)sambal tumis udang

4)ayam goreng berempah

5)ulam-ulaman

6)sambal belacan

7)buah tembikai

8)air oren


ada lagi..pencuci mulut..

1) kuih lapis coklat

2)karipap pusing ( nyum2..aku suka..)

alhamdulillah,memang tak sia2 la aku tempah kat 'ibu' ni, aku panggil dia la.kira tetamu makan hingga bertambah-tambah dan menjilat jari la.so, sesiapa yang ada di taiping atau kamunting nak wat kenduri tunang..meh la kontek aku, aku tolong gtau no tepon ibu ni..aku jamin kesedapan berkekalan..insyaAllah..huhu.

jap g sambg citer agi eh..huhu..


2 comments:

FazMelati said...

Hi Rina, dah selesai saya baca blog Rina, sebenarnya tadi search untuk persiapan perkahwinan jumpa blog ni leka baca sebab best... Tahniah yea Rina, hopefully cepat2 Allah kurniakan baby nanti...

*adik saya yang nak kawin bukan saya, sob sob sob

FazMelati said...

Hi Rina, dah selesai saya baca blog Rina, sebenarnya tadi search untuk persiapan perkahwinan jumpa blog ni leka baca sebab best... Tahniah yea Rina, hopefully cepat2 Allah kurniakan baby nanti...

*adik saya yang nak kawin bukan saya, sob sob sob