
AKU BACA ARTIKEL NI DALAM LAMAN WEB www.tentangcinta.com ( PINJAM ARTIKEL YER UNTUK PANDUAN SEMUA )
Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.
1)Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
2)Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
3)Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
4)Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
5)Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
6)Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
SO TEPUK DADA TANYA LA SELERA..INI LAH YG fikaryna AMALKAN SELAMA BERKAWAN N SKRG JADI TUNANG N INSYAALLAH AKAN MENJADI SUAMI ISTERI..HALANGAN DAN DUGAAN MMG ADA..JD SENTIASALAH BERUSAHA MENGEKALKAN KASIH SAYANG YG ADA..
14 comments:
serik dah cinte camni. mmg xleh blah. cakap setia2 last2 bullet yang kene tinggal bukan bullet yang tinggalkan dorg. ape2 ntah...sekarang gak best sebab dah kawin
mmg betul pun..ryna sblm yg ni..mmg cinta budak2 sgt walau umur x budak..dia tak setia..walau janji setia semati sedarah apa la kan..mmg kena tipu idup2 bukan mati lagi..hehe..tp al hamdulillah skrg ryna nyer tunang..kami banyak komunikasi..n kita pun mmg pk cara dewasa, so hrp Allah permudahkanlah..harap kekal walau lps kawen..InsyaAllah..
xsnggup da bcinta jarak jauh..
penantian tu 1 penyeksaan..
huhu. ryna.. kite pun cam bullet. serik ah cinta jarak jauh. my experience :
http://thalhazlin.blogspot.com/2009/03/medley-23-mac-kuasa-doa-kau-telah.html
tapi, saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya. i'm so happy now. jauh lebih bahagia :)
huhu..dok dkt2 mmg best kan..tp ryna skrg masa x izin lg..ryna tggu pej tg malim bukak br nak apply sbb mr tunang kt genting..
ryna dah baca,,huh..dasyat ek..tp Allah mmg sll tolong org teraniaya..ryna doakan hazlin akan jaga thalha baik2..ok..
ada jgk pengalaman, tp akhirnya sgt kecewa. Dgn suami, cinta kami jarak sgt dekat huu. tu yg menjadi. Tp ikut pd pasangan jgkkan. Kalau betul2 serius, bende2 buruk takkan jadi :)
me skrg ni cinta jarak jauh..dr dlu mmg cinta jarak jauh..ntah nape x suke yg dekat..hihihi...
dari awl kenal dgn tunang mmg dah jauh...me kt s'gor..die kt Port Dickson, pastu die kt taiping..paling jauh die kat sarawak..mmg kne beri kepercyaan penuh..but not 100% la kan...yg penting jujur...
Sekarang ni alhamdulillah, rezeki nk kawin kot kn..tunang dapat tukar seremban.. tp still jauh jugak kn..at least, 2 mggu sekali dpat jumpe..hehehe... x macam time tunang kat sawarak paling2 pn 3 bulan sekali baru jumpa..lagi haru tau...
apa yg ryna dok ssh ati..kalau time pegnen..huhu..mesti nak manjer2 ngan hubby kan..camane la nanti..waa..
love..cinta jarak jauh ni..kalau time jumpa mmg hepi sgt kan..tp bila windu..mcm nak nangis..kdg2 biler gado kat phone..mmg nangis pun kan..huhu..
ryna >> nak comment lg..hehehe... mmg mcm tu le adatnye...tang jumpe x ingt nk balik...huhuhu..tang gaduh, hp tu yg jd mangsa kne baling...hehehehe...
pompuan + airmata x dpt dipisahkan..hehehe...
love..mmg betol3..hehe..
hye there:)
long distance nie trust is the key la kan..
but if lame sangat long distance susah la kan
mmg pn kan aleena..kalau lamer sgt nanti jd bosan pulak kan..x kan pencen baru nk dok samer ye dak?
Post a Comment