Monday, November 30, 2009

KISAH LAWAK PAGI ISNIN

kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain? Dah tentu, jawab doktor. Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca, kata lelaki itu dengan riang.

kisah 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Shan: Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
Atok buat apa tu?.
Atok bagi surat kat kawan atok,cu! jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?

kisah 4
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

3 comments:

BULLET said...

huahahaha...gilor layan lawak pepagi..menceriakan hari den ni ha

zaiMi said...

lawak2.. haha

[s][u][e][h][a][n][n] said...

hehehehehe kita sakit tekak...x leh gelak... hohohoho