Tuesday, November 03, 2009

KECEWA...



Semalam..ada seorg kawan yg berada dlm keadaan kuciwa..sdh dgr citer dia ( kaitan ngan lelaki ar..huhu )..pd kwn 2 jgn cedih2 agi..ok..berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa yg aku pun x ingat cilok kat maner tp pinjam eh utk panduan kwn aku yg sdg bersedih tu..penah dgr lagu big big girl? walau apa pun dugaan, rintangan atau halangan..hidup mesti diteruskan okeh..

1) Terima kenyataan

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita. Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.

2) Berfikir

Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

3) Berfikiran positif

Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi. Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

4) Luahkannya

Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress). Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.

5) Beri tumpuan pada hidup

Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.

p/s : HIDUP MESTI BERANI HADAPI KENYATAAN..CAYOK2!!

8 comments:

Anonymous said...

hidup ibarat roda kekadang diatas kekadang dibawah.....segala2nya Allah yang menentukan...kita hanya perlu redho.....

Unknown said...

kena brani ek...
asenye kena tabah dan cekal lagi bagus sbb kalo brani jek tak memadai kalo idak keseluruhan hehehe tp seksa gak nak wat brani maupun cekal dan tabah tu huhuhu

said...

++ hidup perlu diteruskan walau aper pun yg terjadi...yg penting FAMILY tetap ada di sisi utk memahami....++

mama affan said...

btl la kak alimaz..peringatan utk ryna gak..tq kak..

ena..mmg pn kena berani, cekal, tabah n etc la sbb prmpn ni kan insan yg mudah terguris..nak jadi kuat semangat mmg ssh..tp nak jd kuat mkn mmg sng..mcm ryna..huhu..

mama affan said...

syukurlah kita2 ni yg dilahirkan dlm famili yg penuh kasih syg kn..walau kot maner pn kita jatuh akibat dugaan hidup..tp skongan famili ttp kuat..

said...

++ yup...betul tu... (^_^) family yg dekat di hati....++

Teru teru bōzu(てるてる坊主) said...

rintangan dan dugaan membuatkan kita menjadi lebih matang untuk menghadapi dugaan yang akan mendatang...pasti ada cahaya dihujung setiap masalah.....

mama affan said...

teru2 ni mesti sll berpk secara positif..mmg bagus..