KENAPA HIDUP HARUS SOLAT?
Sesungguhnya syariat solat yang diwajibkan adalah untuk kita menyedari bahawa terdapat '5 rintangan besar' yang hanya dapat dilepasi dengan bersolat.
Rintangan 1
Dunia dan isinya menawarkan segala kenikmatan dan kemewahan, kemiskinan juga membawa ke arah kekufuran. Cubaan hidup yang membelit manusia sering membuat mereka berpaling dari Allah, maka solat, adalah penyelamat daripada tipu daya dunia.
Rintangan 2
Kematian adalah pasti, manusia yang tidak solat adalah sukar mencegah perilaku kekejian dan kemungkaran dari dirinya. Perilaku maksiat adalah suatu bala petaka besar saat ajal mendatang. Manusia yang tidak solat, akan mengalami rasa sakit tidak terperi ketika roh terpisah dari jasadnya.
Rintangan 3
Kubur. Dalam gelap dan sempit, pertanyaan Mungkar dan Nakir yang diajukan tidak dapat dijawab, meskipun badan berkalang kapan fitnah dunia terus menujum dirinya. Ia menyumbang kepada rantaian catatan dosa-dosanya.
Rintangan 4
Padang Mahsyar. Manusia yang tidak solat akan merasakan ketakutan yang teramat sangat saat diiring ke Padang Mahsyar, berasa kelaparan dan kehausan tidak terkata dan sengatan panas mentari yang tidak tertahan.
Rintangan 5
Hari Perhitungan Amal. Solat menjadi ukuran utama, berat dan ringannya amal seseorang. Manusia yang rajin solat, laporan kebaikannya mengatasi laporan keburukannya. Amalan soleh lebih berat daripada kesalahannya. Maka, dia layak untuk memasuki Syurga Allah. Manakala manusia yang tidak solat, laporannya 'merah', amalan keburukannya mengatasi amalan solehnya, maka disudikanlah mereka ke neraka Allah.
Kesimpulan
Hidup di dunia wajib solat. Kerana istiqomah solat lima waktu dapat menyelamatkan manusia menghadapi '5 Rintangan Besar' tersebut. Yang pasti,tidak terpedaya dengan dunia dan seisinya, Sakaratulmaut dengan mudah, alam kubur dengan aman, Padang Mahsyar dilalui dengan lancar, serta timbangan kebajikan yang berat. Semua itu dapat dipersiapkan dengan taat melakukan solat lima waktu dalam kehidupan sehari-hari dan kunci utama keselamatan dunia mahupun di akhirat ialah dengan konsisten solat lima waktu.
p/s : bila terlepas waktu solat..kekangan waktu kerja jadi alasan..pokok pangkal nya hati..pesanan utk aku jugak yg masih banyak utuk memperbaiki kekuatan utk bersolat..
5 comments:
Salam Ryna..
Hari tu akak solat, pastu ada lak anak minah salleh ni duk perhatikan akak... dia tanya anak akak, apa yg ibu kamu buat... kadang2 terfikir, mereka yg tidak tahu apa2 mengenai Islam.. tapi terlalu banyak rancangan tv di barat yg memburukkan Islam.. persepsi pertama yg salah tentang Islam telah mereka dapat..:(
tak susah nak wat...
susah buat mereka yg rase susah...
senang pada mereka rase itu tanggungjawab...
solat tiang agama.
asas yg plg penting
ingat 5 perkara
sebelum 5 perkara
:)
salam..tq for the peringatan..really good entry..my hubby wpun jauh di africa masih sempat cek saya utk setiap waktu..haha..mcm jaga bdk2 kan..tp rasanya perlu diingatkan wpun dh bsr sbb manuasia kdg2 lalai
Post a Comment