sempena ramai b2b yg akan mendirikan masjid..jom kita share tentang adat orang melayu dalam budaya perkahwinan..
adat # 1 - Merisik
Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibu bapa.
tapi aku xde merisik nih..langgar jer..haha..ganas kan..bukan apa..aku rase zaman sekarang..ramai yang bila kita berkawan ngan seseorang..memula kita akan bawak balik umah dan kenalkan pada mak ayah atau kaum keluarga atok nenek amkcik pakcik..supaya kalau ada yg x kena dgn pasangan kita yg kita buta sbb cinta utk nampak..org lain leh kasi pandangan kan..tul tak?
adat # 2 - Meminang
Ia hanya dilakukan bila keluarga si gadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda.
Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Sesetengah tempat, berita pertunangan diberitahu kepada seisi kampung oleh Ketua Kampung di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat.
oh, aku pun xde meminang..sbb parents jauh2 kan..jadi setelah persetujuan dicapai antara parents melalui tepon..huhu..canggih kan..makan tarikh meminang dan bertunang akan jadi satu..ceh2..masa nih dah gedik2 sbb hepi sgt nak jadi tunang pd en.fika..berangan dah macam2..huhu..
adat # 3 - majlis bertunang
Semasa majlis ini, juga dipanggil upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangnya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah perempuan. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. untuk majlis tanda..
aku disarung cincin berpermata dan utk merisik aku dipakaikan cincin belah rotan pulak..
sekadar gambar hiasan..ngee..
Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja.
tapi aku x kasi lagi..uih, x bole terima awal..ke laut perginya nanti..hehe..Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama. ada2..
Iringan lain termasuk bunga rampai, sirih junjung atau tepak sirih sahaja, pahar telor merah dan nasi semangat, alat solek, buah-buah dan lain-lain.
hantaran majlis tunang aku ..simple jer..tapi ada tema tau..hitam putih..huhu..
adat # 4 - Menjemput
Waris bakal pengantin (ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampung itu untuk memberitahu tentang hari perkahwinan tersebut. Mereka akan membawa tepak sirih dan menjemput sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumah bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.
tapi zaman sekarang..adat menjemput tak bole pakai mulut jer..kena bawak kad sekali..walau sedara mare dekat bagai..kang lupa atau ditohmah tidak diajak kang..ha..so zaman skang yg serba moden nih..x bole secara lisan jer..kena bercetak jugak.hehe..
adat # 5 - Akad nikah
Akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi juru nikah. Dalam upacara ini, juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut sama ada hutang atau tunai.
Mas kahwin akan diserahkan kepada pengantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.
en.fika sakit mata masa ni..korang ingat lg kan..sian tau..
alhamdulillah..dengan sekali lafaz..aku sah jadi bini en.fika..hoyey..hoyey..
adat # 6 - Berinai besar
Kedua-dua pengantin memakai pakaian yang cantik. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.
* tapi aku x lalui nih..aku berinai kecil sajer..sorang2..cuma ade sedara mare sebelah aku ajok..*
adat # 7 - Bersanding
Pada hari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih dahulu.
masa saat ni lah..berdebar2 paling dub dab selepas upacara akad nikah..seme org tengok seh..ketaq2..hehe..tapi ttp senyum n control ayu..eh, wajib 2..nanti op ambik gambo x lawo..menyesal pulak kang..hehe..tapi sebenarnya aku n en.fika dok jer atas pelamin, xde pun acara renjis2..abah aku x mo..so i follow je ler kan..huhu..
adat # 8 - Jemput menantu
Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.
majlis di rumah en.fika diadakan sehari lepas majlis di rumah aku..gambo? x dok..hehe..
bila semuanya sudah selesai..rase lega yg amat sgt..dan bersyukur kerana semuanya sudah selamat..oh..rupanya..
sudah 6 bulan lebih..cepat sungguh waktu berlalu..
p/s : mana adat yg tidak melanggari ajaran ikut la..dan yg penting ikut cakap mak ayah kita utk elakkan sebarang masalah mase majlis..kalau ada yg tidak sependapat..bawak bincang..okeh..gud luck b2b seme..
sumber info : cni



8 comments:
rasa mcm nak bersanding lagi :P seronot u..hehhee
Masih terasa mcm pengantin baru kan kan kan.. hehehehe..
suke entry ttg wedding ni...makin kuat smgt nk kawin..hahaha
mcm mane keadaan aku sanding nanti eh...
;)
huhu tak tahu plak.meminang dengan bertunang tu lain2 kak.huhu
kak ryna...
thanks for ur info...
amat berguna untuk inn...
Salam Ryna.. info ni sangat baik untuk bakal pengantin dan bakal bakal yang baru berjumpa dengan bakal bakal jodoh semacam saya.. waka waka!
kjap je dh 6bulan ryna kawin eh...mase pantas berlalu... :)
Post a Comment